Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 10, 2013

Nik Aziz berkhidmat sehingga ‘hujung nyawa’ @ 'sampai kojol'


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.
 
“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.
 

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz  terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.
 
“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya. ... BACA LAGI