Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 17, 2013

Pak Isa Samad lawan Aishah And The Fan Club di Jempol


SEREMBAN – Spekulasi sebelum ini yang mengatakan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad akan kembali bertanding kerusi Parlimen Jempol akhirnya menjadi kenyataan, semalam.

Mohd Isa yang menyandang kerusi Dun Bagan Pinang, disahkan bertanding bagi kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini selepas diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, semalam.

Keputusan itu bukan saja menyaksikan Mohd Isa kembali semula ke kerusi sama yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum 2004, malah lebih menarik, beliau akan bertemu dengan penyanyi popular era 90an, Wan Aishah Wan Ariffin, atau Aishah yang bertanding di bawah tiket Pas.


Mohd Isa berkata, pertukaran kerusi beliau daripada Dun Bagan Pinang ke Parlimen Jempol bukanlah sesuatu yang pelik kerana sebelum ini pun beliau amat rapat dengan masyarakat peneroka di kawasan tersebut.

SUMBER

p/s: Hmmmm menarik! Adakah Aishah akan menyanyikan lagu2 yg dia popularkan nanti di pentas2 kempen beliau? Sama2 lah kita nantikan. Anywayz Pak Isa perlu buktikan kepada rakyat yang beliau telah menyesali kesilapan lampau beliau. Perlu ingat, walau sejuta kebaikan yg kita lakukan dan hanya 1 kesilapan yg kita buat, nescaya org akan lebih ingat 1 kesilapan yg kita lakukan itu.