Sanggah Tok Janggut : Pemimpin PAS Kaya Raya, Rakyat Papa Kedana.
BLOG SANGGAH TOK JANGGUT - Selama ini mereka menuduh pimpinan UMNO korup dan berbagai-bagai fitnah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional malah di mata mereka UMNO dan pemimpinnya membina kekayaan serta kemewahan untuk diri mereka dan kroni-kroni.Mereka maki hamun pemimpin UMNO.
Saban malam disetiap pentas ceramah lagu-lagu bernada fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin UMNO dilagukan oleh kalangan yang kononnya mereka mendakwa pemimpin PAS seluruh Negara bersih daripada segala penyelewengan namun bila kita membaca latar belakang bekas Pegawai Kastam yang memegang jawatan YDP PAS Lenggong ini,apa lagi yang boleh kita fikir dengan segala bentuk kemewahan yang beliau ada.
Biodata ini saya paparkan disini untuk kita sama-sama kita fikirkan apakah Razman ini layak untuk bercakap tentang korupsi?Apakah YDP PAS ini mampu menyumbang jasa bakti ataupun khidmatnya kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen Lenggong?