Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 16, 2013

Tun Mahathir : Perjuangan PAS Makin Tersasar Punca Ulama Tinggalkan Parti


ALOR SETAR 15 April - PAS yang dilihat semakin tersasar dalam perjuangan asal perti dalam memperjuangkan Islam dan negara berasaskan Islam menyebabkan ramai ulama PAS meninggalkan parti tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, kesalahan PAS yang utama adalah kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) antara  Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang secara terang menolak Islam.

"Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila PAS bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangkang," katanya di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung di sini, malam tadi.

Mahathir menyampaikan ucapannya dihadapan kira-kira 10 000 hadirin.

BACA LAGI DARI SUMBER