Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 16, 2013

SINAR HARIAN DAH PENING?


Berita 1:
Dr Juanda: 'Ini berita syaitan'

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2013

SHAH ALAM - "Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.

Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Berita 2:
Dr Juanda tanding di Kangar

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 April 2013

KANGAR - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.

Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu.

"Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Juanda memegang jawatan mufri sejak awal 2009 menggantikan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

p/s Aku rasa baik la sinar harian yg agak biol tu letakkan waktu pada setiap berita nyer. Kelam kabut maaa ... mcm jugak la Pakatan Rakyat  ... KALAM KABUTS!