Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 16, 2013

Umno nafi edar video seks, mahu saman Harakahdaily

SHAH ALAM - Umno hari ini menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily menuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwa Harakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa  Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.


"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anak guam kami," kata surat itu yang dipetik Harakahdailly, hari ini.

SUMBER