Berita Harian: Mutakhir

Friday, May 17, 2013

MB Kelantan yang baru harap Kabinet baru beri impak kepada Kelantan


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.

Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.

Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.


“Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.

“Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet yang baru untuk mentadbir negara ini.

p/s: Aku doakan MB baru Kelantan dapat memulihkan ekonomi rakyat Kelantan dan dapat bekerjasama baik dengan kerajaan pusat dem kebaikan rakyat Kelantan sendiri. Amin!