Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, July 16, 2013

Gani: Alvin, Vivian boleh disiasat bawah Akta Hasutan


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata penulis blog kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan ekoran tindakan menyiarkan gambar di Facebook yang mengundang kemarahan orang Islam.

"Ya, (boleh disiasat mengikut) Akta Hasutan. Pertimbangan harus dan akan dibuat," kata Abdul Gani kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, tuduhan mengikut Akta Hasutan itu boleh dikenakan ke atas pasangan tersebut, selain dakwaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman lebih rendah.

Tan dan Lee pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen: 

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

- M,kini