Berita Harian: Mutakhir

Thursday, August 29, 2013

BAHAYA!!: 40 Ribu Geng Kongsi Gelap VS 16 Ribu Anggota Polis !! Erk!

Lihat betapa kurang ajar nyer puak sial ni mengancam pihak POLIS!


Tanpa rasa takut dan hormat pada angota POLIS mereka boleh buat perarakan dengan terbuka! Sial ke tak?


Sila baca 2 berita ini:

BERITA PERTAMA:

KUALA LUMPUR 10 Julai 2013 - Jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).

"Jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.

"Walaubagaimanapun, perkara ini sedang dibincangkan di peringkat kementerian dan (PDRM) bagaimana untuk mengatur tugas dan tanggungjawab ini supaya lebih realistik dan berkesan," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

BERITA KEDUA:

Op Cantas : 40 Ribu Geng Kongsi Gelap di Seluruh Negara

CYBERJAYA, 29 Ogos - Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persehaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti LimKokWing di sini petang semalam.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan Lim Kok Wing University, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti itu mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Op Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Dalam pada itu, Mohd Bakri menjelaskan, sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.

Tambahnya, pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan.

P/S: Jadi nya ... camne nak benteras mereka ni? Aku rasa perlu campurtangan atau kerjasama dengan TENTERA lah. Kasik cantas betul2 puak2 haram jadah nih! Ini yg geng2 besar2 ... belum lagi yg peragut2, perompak kecil-kecilan, kaki pecah rumah, pecah kereta, pencuri dan lain2.

Kerajaan perlu tambah anggota polis atau bawak masuk TENTERA untuk sama2 benteras puak2 jahanam nih! SEKARANG bukan lagi 5 tahun!