PERHATIAN: Lesen 1.7j senarai hitam trafik mungkin batal
Seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik mungkin dibatalkan lesen memandu jika mereka enggan membayar baki tertunggak saman lalu lintas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan cadangan terbaru itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Ops Selamat sepanjang penguatkuasaan 15 hari semasa sambutan Aidilfitri.
Sepanjang tempoh itu, sebanyak 17,831 kemalangan dan 258 kematian direkodkan.
"Kita tidak akan tunggu sehingga musim raya akan datang, kita mahu ambil lebih tindakan agresif secepat mungkin," katanya dalam sidang media hari ini.