Berita Harian: Mutakhir

Friday, March 27, 2009

Apabila Mimbar Berkata-Kata


Aku dah agak, minggu ni dan minggu2 seterusnya sehinggalah selesai pilihanraya kecil nanti, PAS akan menggunakan mimbar masjid2 seluruh Negeri Perak ini untuk berkempen. Tadi di masjid aku mengerjakan sembahyang Jumaat tadi pun sama juga. Perkara ini berlaku setiap kali musim pilihanraya.

Tapi bukan pula imam menyampaikan fitnah, sememangnya perkara yang betul misalnya imam tadi ada menyebut hal RASUAH. Sememangnya kita perlu menolak PEMIMPIN yang mengamalkan RASUAH! Tak kira dari PKR, PAS, DAP mahupun UMNO sendiri! Semua perasuah harus di singkirkan dari arena politik tanahair. Bagus juga pak imam tu ingat kan hal ini, walaupun dari cakapnya, beliau lebih banyak menyenget (condong) ke arah UMNO dan BN. Lihat lah berapa banyak pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dalam gejala ini. Yang terbaru Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang (Mohd Fairuz Khairuddin dari PKR) telah di soal siasat berkaitan rasuah yang  melibatkan sebuah syarikat kuari. Memang betul kata pak imam tadi, mereka wajib di singkirkan!

Imam juga tadi menyebut tentang pemimpin mesti mengamalkan "Kepimpinan Melalui Tauladan". Ini juga benar. Pemimpin harus menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat, baru rakyat akan nampak dan percayakan kita dan ketelusan kita. Pemimpin Pakatan Rakyat yang suka MEMUNGKIRI JANJI, MELONTAR TUDUHAN TANPA BUKTI ATAU MEMFITNAH, GEMAR MEMAKI HAMUN ORANG LAIN, MENGAIBKAN ORANG, MEMURTAD KAN ORANG ISLAM LAIN YANG TIDAK MENGIKUT HALUAN MEREKA, MEMBELA PERLAKU ZINA, MENDERHAKA KEPADA RAJA dan banyakkkkkkk lagi, semestinya kita tolak sejauh-jauhnya! Adakah mereka layak di jadikan TAULADAN?

Imam fardhu Jumaat tadi juga ada menyebut agar pemimpin mesti mengikut cara Rasul kita, Muhammad S.A.W.  Sememangnya aku setuju, tapi mari kita fikir sejenak adakah Baginda suka mencarut, maki-hamun, mengaibkan orang, menipu, mengamalkan rasuah, menyusahkan orang dengan mendemonstrasi jalanan?

Dan Imam tadi juga ada menyebut tentang perpaduan, soalan aku kepada semua ... Siapa yang meranapkan perpaduan kita sesama Melayu dan Islam? Siapa yang memainkan isu Perkauman? Bukankah Pakatan Rakyat yang menimbulkan hal ini, sehingga sekarang kaum bukan Melayu di Malaysia telah berani menderhaka kepada Raja-Raja Melayu!

Jadi aku suka mengingatkan orang ramai, kalau anda fikir UMNO ini buruk! Tidakkan lebih buruk lagi parti politik yang menggunakan MASJID untuk kepentingan kuasa dunia nya? Fikirkan lah.