Berita Harian: Mutakhir

Thursday, March 26, 2009

PEMUDA UMNO! Rumah Dah Siap, Kenapa Pahat Masih Berbunyi?



Wahai semua para PEMUDA UMNO! Anda ada tugas lebih penting sekarang, Perwakilan yang anda lantik telah memilih KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Apa lagi yang anda semua bisingkan? Jika anda tak puas hati atau tahu ujudnya RASUAH seperti yang anda sorak2 kan tu, buat laporan kepada lembaga displin UMNO. Kenapa perlu mencanang ke seluruh pelusuk dunia? Tidak kan korang tahu UMNO di dalam delima perpecahan, sekarang Pak Lah dah memberi mandat kepada D.S. Najib. Tidak kah anda rasa sekarang tugas anda ialah mengembalikan perpaduan dalam UMNO?

Pembangkang sedang kuat menghentam UMNO di sebabkan RASUAH ini, sekarang korang pulak menghentam diri sendiri. Anda membuka laluan kepada pembangkang dan memberikan senjata baru kepada mereka. Buat laporan kepada lembaga displin, tunjukkan bukti kepada mereka. Jika tuduhan itu benar, KJ akan di gantikan. Tetapi jangan sekali-kali menghukum orang tanpa bukti. Perbuatan anda sama seperti pembangkang. Kita sebuk membuktikan kepada rakyat dengan mengatakan perbuatan mereka itu satu perbuatan yang hina dan keji, tetapi sekarang anda pula yang lakukan nya. Bukankah kita mengutuk pembangkang kerana tidak dapat menerima kekalahan mereka di Perak.

Saya bukan penyokong KJ. Saya sebelum ini mengharapkan Mukhriz yang menang. Tetapi saya boleh terima kekalahan Mukhriz. Mukhriz sendiri berkata, ini adat pertandingan, mesti ada yang menang danyang kalah. Tak kiralah anda penyokong sesiapa pun, jika proses demokrasi menetapkan kemenangan kepada KJ, aku harap kita terima dengan hati yang terbuka. Mari kita bersatu, tugas kita lebih besar di BUKIT GANTANG, BUKIT SELEMBAU dan BATANG AIR! Mari tunjukkan jaguh di sana. Mari buktikan kepada rakyat, kita berpolitik secara profesional. Tunjukkan kepada mereka , UMNO telah kembali bersatu dan akan terus bersatu dan akan terus memperjuangkan nasib AGAMA, BANGSA dan NEGARA!

Semoga anda semua bertenang dan jika masih tak puas hati, gunakanlah saluran yang betul untuk meluahkan perasaan anda itu. Biarlah kita bertemadun sikit, tunjukkan kepada pembangkang bagaimana cara kita menyelesaikan isu dalaman kita. Biar mereka buka mata dan ternganga melihat sikap profesional kita. Kita BUKAN parti politik yang kelam kabut seperti mereka (PKR, PAS & DAP). Ingat tak kata pepatah " Rumah Dah Siap, Pahat Masih Berbunyi "

Hidup UMNO! Hidup MELAYU!