Setelah selesai Persidangan UMNO, sekarang tiba masa untuk membuktikan kepada rakyat apa yang di dengarkan di persidangan tempoh hari. Tunjukkan semangat yang berkobar-kobar semasa berucap di PWTC tempoh hari. Pada PEMUDA dan PUTERI UMNO, anda sebagai barisan hadapan sila turun padang dan tunjukkan kepada anak2 muda di ketiga-tiga PRK ini yang anda bukan hanya kuat bercakap tetapi kuat bekerja! Buktikan kepada kami semua yang anda benar-benar layak untuk di undi.
Pada hari penamaan calon tadi, blogger2 upahan Pakatan Rakyat begitu ghairah dan bangga menayangkan betapa ramainya penyokong2 PR hadir untuk menunjukkan sokongan kepada calon mereka (Penderhaka Nizar). Tapi malang, tak nampak pulak saya gambar2 penyokong BN di pamirkan di laman blogger2 BPN. Tapi tak mengapa, pepatah ada mengatakan "MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI" dan pepatah inilah nanti yang akan di lemparkan ke muka si PENDERHAKA NIZAR di hari pengundian nanti! Insyallah.
Walau pun begitu aku nasihatkan kepada semua jentera2 BN di ketiga2 PRK ini akan tabah menghadapi cabaran dan halangan. Di harap juga anda berkempen mengikut tatatertib dan undang-undang, jangan mengikut rentak pihak pembangkang yang gemar menimbulkan pelbagai helah dan tektik kotor serta tuduhan2 tanpa bukti atau fitnah. Biarlah mereka dengan cara mereka, CARA KITA (Barisan Nasional) BUKAN dengan memaki hamun! memfitnah! melemparkan tuduhan tanpa bukti! mengaibkan pihak lawan dengan serangan peribadi! melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa agar pihak berkuasa bertindak dan mereka dapat membuat cerita sedih kepada rakyat! helah2 keji! menipu! dan macam-macam lagi yang pihak Pakatan Rakyat lakukan demi meraih simpati dan undi rakyat!
Kita harus bersedia dengan tektik2 kotor mereka. Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh ANWAR IBRAHIM memang terkenal dengan tipu helah dan permainan politik kotor nya! Sememangnya kita (BN) akan kalah dalam hal perhimpunan2, demonstrasi2 jalanan, merusuh dan menimbulkan huru-hara sebab ANWAR IBRAHIM sebagai master mind memang JUARA dalam bab2 sebegini. Jadi janganlah gentar, kita perlu ingat, mereka datang kesana untuk menunjukkan kepada rakyat kononya ramai yang menyokong mereka, tetapi semua tu hanya orang luar upahan PR. Ini salah satu tektik Pak Nuar, sama juga seperti tektik beliau di Bukit Selambau, ada 15 calon bertanding! Giler apa tu kan. Itu kerja siapa? Ader ke orang bodoh yang nak bertanding sebegitu ramai? Lain tak bukan mereka2 itu kemungkinan besar orang upahan PR sahaja yang cuba memecahkan undi BN. Begitu juga di Bukit Gantang, parti bebas tu mungkin sama halnya, hanya untuk memecahkan undi BN.
Apa pun, aku doakan agar semua berjalan lancar, jangan ada kes2 bergaduh antara penyokong atau gejala rasuah. Ini semua akan menunjukkan kita belum matang dalam politik. Amalkan prinsip BERSIH, CEKAP dan AMANAH. Aku percaya RAKYAT di semua PRK ini bukan bodoh. Mereka takkan memilih calon yang hanya tahu membuat huru hara, mendemonstrasi jalanan, menderhaka dan yang asyik ulang-alik ke mahkamah untuk menyaman orang! Rakyat semestinya mahukan seorang wakil yang boleh bekerja, boleh membawa keamanan, menjamin perpaduan dan membangunkan kawasan mereka. Jadi buktikan kepada mereka anda sebagai calon Barisan Nasional, mampu memberikan itu semua kepada mereka.
Ayuh semua, mari buktikan kepada kaum fanatik Pakatan Rakyat bahawa PAKATAN RAKYAT SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI!