"Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka." Petikan Dari Harakah.
Aku sebagai orang Islam terfikir lak, adakah ini yang di ajar oleh Rasul kita? Aku bukan ler tuan guru, tapi aku tak pernah lak dengar ISLAM membenarkan kita ni memaki2 orang. Pada pandangan korang, patut kah seorang umat ISLAM, seorang PEMIMPIN SEBUAH PARTI POLITIK yang KONON nya memperjuangkan ISLAM mengeluarkan kenyataan akhbar seperti di atas? Kalau di rujuk kamus Dewan Bahasa, perkataan CELAKA bersinonim atau sama erti dengan makian: bangsat, keparat, suir, sueh, sial, bedebah, gampang, laknat, jahanam. Adakah perkataan ini bagus di gunakan terlebih lagi keluar dari mulut seorang yang di gelar TUAN GURU? Seorang pemimpin ISLAM! dan HARAKAH dengan bangga menyiarkan kata-kata TUAN GURU mereka di akhbar nya. Tidak kah orang2 PAS terasa malu dengan sikap pemimpin mereka yang bermulut BUSUK seperti HADI ini? Jawab nya tentu tidak! sebab pada pengikut PAS, semua yang di katakan oleh para pemimpin mereka semua nya MOLEK BELAKO!
Kalau lah ada RAJA-RAJA MELAYU menyokong PPSMI, maka SECARA LANGSUNG HADI juga menggelar RAJA KITA sebagai CELAKA!!!! Nampak benar HADI ni tak menggunakan akal fikiran sebelum mengeluarkan kata-kata. HADI juga perlu di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan MENGHINA RAJA MELAYU jika ada RAJA-RAJA MELAYU mengeluarkan kenyataan menyokong PPSMI! Bak kata pepatah, Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Badan Binasa. Jadi HADI perlulah berbanyakkan doa agar tidak ada RAJA MELAYU yang membuat kenyataan menyokong PPSMI.
Untuk semua ahli-ahli politik, jaga lah mulut kita, sebelum perkataan keluar dari mulut kita, singgah kan sebentar di kepala otak kita tuh, fikir sekajap. Jangan terlalu ikutkan hati. Kami rakyat tahu agenda Pakatan Rakyat dalam hal PPSMI nih. PR mengambil kesempatan untuk menunjukkan mereka lah perwira bangsa melayu! walhal mereka yang hendak menghapuskan Bangsa Melayu dari negara ini. HADI nak memperjuangkan BAHASA MELAYU, tetapi dalam masa yang sama HADI dengan gumbira dan bangga menggunakan perkataan CELAKA terhadap semua rakyat Malaysia yang menyokong PPSMI! Inilah akibatnya jika belajar Bahasa Melayu dari KARPAL SIGH.
Untuk para pemimpin Barisan Nasional terutama UMNO, jagalah mulut anda. Jangan jadi seperti HADI SIGH dan KARPAL AWANG. Mulut BUSUK, bayangkan lah hati mereka! Mulut JAHAT sudah semestinya HATI MEREKA JUGA JAHAT!
"CELAKA" dan HADI AWANG tak dapat di pisahkan ... SEDIH SUNGGUH!