PERDANA MENTERI MALAYSIA,
Pak Lah akan umum tarikh peralihan kuasa kepada D.S. Najib tak lama lagi. Elok di segerakan Pak Lah, Insyallah semuanya akan berjalan lancar. Jasa Pak Lah kepada negara akan di kenang, cuma aku harap D.S. Najib akan lebih tegas menghadapi penghianat bangsa dan negara yang melanggar dan tidak menghormati undang-undang negara. D.S. Najib menghadapi tugas yang amat berat lebih2 lagi untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional am nya dan UMNO khasnya. Penyatuan dan kekuatan Bangsa Melayu harus di jadikan agenda utama. Hak Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu juga tak harus di pandang remeh. Penderhaka mesti di ajar! Pencetus rusuhan dan demontrasi jalanan wajib di ambil tindakan TEGAS! Bukan sekadar berkata "Kita PANTANG DI CABAR". Oleh kerana kita terlalu banyak bercakap dan memberi amaran TETAPI tiada tindakan di ambil, maka dengan itu lah "mereka-mereka" telah begitu berani dan lantang bersuara, sehingga orang BUKAN MELAYU dah berani komen dan mengatakan RAJA MELAYU menyalahguna kuasa. Bukan sembang di kedai kopi, tetapi di hadapan pemberita seluruh dunia! Begitualah kurang ajarnya "mereka-mereka" jika kita terlalu berlembut.
Pada pandangan aku satu kelemahan Pak Lah yang menyebabkan banyak kekecohan berlaku di negara kita ialah KELEMBUTAN nya. Kelembutan Pak Lah menyebabkan "mereka-mereka" ini pijak kepala dan akhirnya dah sukar untuk kta bendung. Lebih cepat Pak Lah menyerahkan kuasa lebih baik, dan perubahan perlu di buat DENGAN SEGERA! Ketegasan amat perlu! Tiada lagi ... "Biarlahh ... Takpe la .... sabar ...." Sikap beginilah berlaku di Perak. Dr Zambry tidak tegas, NIZAR tak nak keluar rumah MB, NIZAR tak nak serah kereta rasmi kerajaan, apa kata ZAMBRY? .. "Duduklah berapa mlama nak duduk rumah MB tu, Pakai la berapa lama pun kereta tu" itu kata MENTERI BESAR PERAK! Sebab ini lah mereka makin besar kepala! Kenapa perlu biarkan? hantar pihak berkuasa, tarik kereta tu, ITU HAK KITA! Bukan kerana kereta tu, tapi kita perlu tunjukkan sikap kita yang tegas untuk mendapatkan HAK KITA! Begitulah juga HAK ORANG MELAYU! Kita kene tegas supaya orang tak meremeh temehkan hak kita! Bila perkara buruk kita biar bertapak terlalu lama, nescaya kita takkan dapat mengawal nya satu hari nanti.
Jadi sekali lagi, SELAMAT JALAN PAK LAH dan SELAMAT DATANG D.S. NAJIB. Untuk yang pergi, jasa mu akan di kenang sehingga akhir hayat kami, untuk yang datang mengganti tugas berat menanti anda. Nasib Agama, Bangsa dan Negara di tangan anda! Selamat Bertugas.
Apa Kes Kementerian Pelancongan?
"Lapan pegawai kanan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan satu kes rasuah," Petikan Utusan Malaysia
Apa dah jadi ni DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID? bahaya ni Kak Lina :-) Camne boleh jadi camni, tapi apa pun bagus gak pegawai2 yang kaki rasuah ni dapat di kenalpasti segera, jika tidak mereka akan lebih menjahanamkan kementerian Kak Lina. Di harap kepada Kak Lina khasnya carilah pengganti dari kalangan mereka2 yang betul2 amanah dan berdedikasi serta ikhlas menjalankan tugas. Jangan terlalu banyak kronitism dalam pemilihan jawatan, siapa yang boleh buat kerja, mereka lah yang layak. Perkara sebegini akan memburukkan lagi imej kerajaan Barisan Nasional. Ini bakal menjadi point mereka di ceramah2 politik mereka akan datang. Jadi di harap pada semua jabatan, segera kenalpasti orang2 yang kaki rasuah dan buang sahaja mereka, tak guna membalut besi buruk dengan kain putih, besi tetap berkarat, kain jadi kotor!
Tak lupa juga TAHNIAH kepada SPRM di atas ketelusan anda membuat kerja. Rasuah adalah perkara yang akan menjahanamkan negara kita, jadi sesiapa juga, tak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang WAJIB di ambil tindakan tegas! Aku pun tak hingin kaki rasuah jadi pemimpin! Kalau PM sekali pun kaki rasuah, dakwa! tapi biarlah betul2 dengan bukti yang sah, jangan la pakai tuduh je tanpa bukti. Dan saya suka mencadangkan agar sesiapa yang membuat laporan rasuh terhadap mana-mana individu, harus di pertanggungjawabkan terhadap tuduhan nya. Maksudnya, kalau di dapati tak benar, mereka yang buat laporan tu boleh di dakwa! Baru orang lebih bertanggungjawab sebelum membuat sebarang aduan. Seperti biasa pembangkang pasti tak pandang tindakan SPRM ni. Biasa la, NAFSU BUAS mereka bukan senang nak di puaskan. Sekali lagi TAHNIAH SPRM!
Aset MB dan exco Selangor akan dipaparkan di web,
"Kerajaan Selangor akan mengumumkan pengistiharan aset Menteri Besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui aset mereka mulai Jumaat, 13 Mac ini." Petikan dari Harakah.
Oleh sebab Pakatan Rakyat selalu mempertikaikan ketelusan Barisan Nasional atas apa juga tindakan dan keputusan yang BN buat, aku pun nak mempertikaikan keputusan PR nih. Betul ke yang korang nak istihar tuh? Adakah mereka akan mengistiharkan semua harta mereka, harta adik beradik mereka, anak saudara mereka? Orang sekarang bukan bodoh, kami orang2 BN pun tak mudah nak terima cakap2 korang. Kalau setakat nak istihar harta korang je, tak payah lah, kami tau kalau anda membuat penyelewengan wang misalnya, takkan anda nak masuk akaun sendiri, mesti masuk akaun orang lain, kalau dapat tanah pun letak nama orang lain, kalau orang HADIAH kan kereta pun letak nama orang lain .. kan kan kan .. MISALNYA je, bukan menuduh. Tapi cam saya kata tadi lah, tak payah la buat pengistiharan tu. Hanya fanatik PR je yang akan syok sendiri. Ini gimik nak hadapi pilihanraya je. Betul tak??? Dah muak dah Pak Nuar oiii!