Berita Harian: Mutakhir

Friday, March 20, 2009

Nik Aziz Nakhoda Pas & Rayuan Ali Rustam Di tolak

"Saya nakhoda Pas" - Nik Aziz

Itulah kata-kata Nik Aziz yang mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran. - Sumber Utusan Malaysia.

Komen sikit je, aku rasa Nik Aziz ni tak percayakan Hadi, walaupun Hadi ialah Presiden PAS. Nik Aziz masih nak menunjukkan kuasa nya dalam PAS. Di sini ujud POWER PLAY antara kedua pemimpin teratas PAS nih. Apa jadi dgn angota-angota PAS? Mana satu nak ikut? Nik Aziz tak percayakan Hadi orang kuatnya, tapi boleh percayakan ANWAR IBRAHIM dan LIM KIT SIANG! Hairan sungguh aku tengok Nik Aziz nih. Nampaknya PAS juga perlukan reformasi. PAS sepatutnya membetulkan partinya sendiri sebelum nak buruk-burukkan UMNO khasnya. Gabungan antara PAS dan UMNO tidak mungkin terjadi selagi Nik Aziz ada, sebab Nik Aziz anti UMNO, Nik Aziz lebih rela percayakan munafik macam Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dari UMNO walaupun UMNO telah banyak membantu orang-orang Melayu @ ISLAM di Malaysia!

Bawak mengucap Nik Aziz, si Eli bogel Datuk nak sokong, UMNO Datuk anti macam ISRAEL antikan ISLAM! Bertaubatlah Datuk Nik Aziz! Jangan lupa pasal Kapal Titanic, derang kata "UNSINKABLE" tapi tenggelam gak dengan seketul AIS!


Rayuan Ali Rustam Di Tolak

KUALA LUMPUR 20 Mac – Panel Rayuan UMNO menolak rayuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang beliau daripada bertanding pada pemilihan UMNO minggu depan. - Sumber Utusan Malaysia

Harap bersabar dan di harap D.S. Ali Rustam belajar dari kesilapan nya. Untuk beliau dan para penyokong beliau, terima lah keputusan ini dengan hati terbuka. Sekembali dari hukuman gantung keahlian UMNO nanti, kembalikan keyakinan rakyat. Walaupun D.Seri di gantung, di harap D.Seri tidak berubah hati dan melompat ke parti lain. UMNO masih perlukan D.Seri. Teruskan lah perjuangan. Dr Mahathir juga dulu pernah di buang dari UMNO tetapi beliau terus cekal dan kembali dengan hebatnya sehingga menjadi Perdana Menteri!

Tentang desakan pambangkang untuk D.Seri meletakkan jawatan, mereka tak perlu risau, kita ada undang2, biarlah Yang Di Pertua Negeri Melaka dan Persidangan DUN Melaka sendiri membuat keputusan. Tak payahlah pihak pembangkang mendesak. Jika keputusan di buat nanti, semua pihak terima je la. Jangan lak nanti bising2 lagi. Malaysia ni dah banyak sangat kes kes politik! Hari2 adaaaaaaaaaaaaaaaaaa je! letih lak mata aku baca hal2 politik nih. Bila masa nak buat kerja??? Ekonomi semakin teruk! Baik selesaikan isu2 politik ni segera dan tumpuan 200% WAJIB di berikan kepada pemulihan ekonomi negara! Lastly untuk D.S. Ali Rustam dan keluarga, berbanyaklah bersabar. Berserahlah kepada ilahi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.