Berita Harian: Mutakhir

Saturday, March 21, 2009

Selamat Bersidang Kepada Semua Perwakilan UMNO

Aku nak ucapkan selamat bersidang untuk semua di PERSIDANGAN AGUNG UMNO 2009. Aku harap di persidangan itu nanti, kita dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa kita masih releven dan kita telah kembali bersatu dan akan terus bersatu demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai. Janganlah di cemari persidangan itu nanti dengan perkara-perkara yang tak baik terutamanya RASUAH! Rasuah juga salah satu sebab kejatuhan kita semasa pilihanraya umum yang lepas.

Untuk para perwakilan, di harap anda menolak pemimpin-pemimpin yang mengamalkan rasuah di sana nanti. Adakah maruah anda bernilai RM1000? RM2000? RM20,000? Maruah tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Hanya orang yang tiada harga diri sanggup menjual maruahnya. Aku tahu anda semua (para perwakilan) lebih baik dari itu. Dan jika ada yang bertanding nanti mengamalkan rasuah, SILA ADUKAN KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN! Jangan di biarkan mereka ini merosakkan parti kita! Tak kira siapa dia, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan perbuatan keji mereka! Jika tidak atau jika anda menerima rasuah dari mereka itu, ANDA JUGA ADALAH PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA dan NEGARA!

Aku bukan kata bende ni terjadi, aku cuma ingatkan je, mungkin ada para perwakilan yang terbaca tulisan aku nih kan. Tak salah kan kita saling mengingati. Untuk yang bertanding pula, aku ucapkan semoga anda berjaya. Sesiapa pun yang berjaya nanti, tugas besar menanti anda. Jangan hanya mengejar jawatan tetapi malas nak bekerja. Jawatan besar, tanggungjawab pun besar juga. Pada yang tewas, jangan pulak merajuk, perjuangan perlu di teruskan. Sumbangan anda masih di perlukan. Tewas tak bermakna anda tidak perlu menyumbang untuk kepentingan parti. Jangan lupa perjuangan kita bukan untuk mengejar jawatan, tetapi untuk MEMPERKASAKAN UMNO agar UMNO dapat terus menyumbang kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Di harap juga Pak Lah akan mengumumkan tarikh peralihan kuasa pada persidangan itu nanti. Dan harapan juga tarikh nya dapat di percepatkan. Peralihan kuasa ini perlu di lakukan dengan segera dan dengan rela hati demi masa depan parti. Kepada yang menerima amanah nanti, penyatuan dalaman parti perlu menjadi agenda utama! Ketegasan juga perlu di kembalikan dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi yang melibatkan keamanan negara.

Kepada semua sekali lagi aku ucapkan SELAMAT BERSIDANG. Aku doakan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan bersih. Perubahan besar mungkin berlaku di situ nanti, apa pun keputusannya, pastikan penyatuan semula UMNO dapat di realisasikan. Tunjukkan perpaduan dalam UMNO kepada rakyat, kembalikan keyakinan rakyat. Nescaya kegemilangan UMNO akan kembali. Pedulikan kata-kata busuk pembangkang, mereka takkan berpuashati dengan apa jua yang kita lakukan.

UMNO PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!