Belum pun lagi Pak Lah menentukan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri yang berkemungkinan besar "di alihkan" kepada D. S. Najib, Pakatan Rakyat terutama PAS telah bermain perang saraf terhadap D.S. Najib. Harakah semalam melalui Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman menulis satu topik yang menarik iaitu "Perdana Menteri BN yang terakhir" Bukan Pak Lah dan D.S. Najib sahaja yang di serang, malah D.S. Rosmah Mansur juga turut di serang.
Pada aku, Ahmad Lutfi ni hanyalah orang suruhan yang sengaja di gerakkan untuk menimbulkan rasa ragu para pembaca Harakah terhadap D.S. Najib. Harapan Ahmad Lutfi selaku boneka Pakatan Rakyat ialah untuk meningkatkan keyakinan para pembaca Harakah terhadap D.S. Anwar Ibrahim yang sejak kebelakangan ini semakin di selubungi dengan pelbagai masalah! Sikap para fanatik Pakatan Rakyat ni, sama sahaja, dari pemimpin atasan mereka sehinggalah boneka @ balaci seperti Ahmad Lutfi ni, mereka takkan berhenti dari mengutuk, mengkritik dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional walupun BN membuat perkara yang baik. Manusia seperti ini sama seperti pepatah Melayu "Mendukung BIAWAK Hidup" Di buat baik kepada mereka pun, mereka akan memburuk-buruk kan kita.
Suka atau tidak, Barisan Nasional telah memerintah negara selama lebih 50 tahun. Dalam tempoh itu kita telah mencapai pelbagai kemajuan dari pelbagai bidang. BN sebelum kekecohan yang sengaja di timbulkan dan di reka2 oleh Pakatan Rakyat, telah berjaya menyatupadukan penduduk di Malaysia. Kita sama-sama dapat merasai kenikmatan dari kemajuan ini. Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat hidup bersama dan mencari rezeki bersama. Sehinggalah Pakatan Rakyat yang di di dalangi oleh Anwar Ibrahim meniupkan api perkauman dengan bermain dengan pelbagai isu-isu sensitif seperti Agama dan Hak Orang-Orang Melayu.
Berbalik kepada penulisan Ahmad Lutfi yang dengan sedap jari menulis D.S. Najib akan menjadi Perdana Menteri dari BN yang terakhir, aku harap si boneka @ balaci Ahmad Lutfi tu korek lubang siap2 untuk MENYUMBATAN kepala nya kerana malu bila dia akan lihat Barisan Nasional terus kekal memerintah negara! Sedangkan memerintah beberapa negeri pun dah mula kelam kabut, adakah anda fikir rakyat akan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah NEGARA!
Kecundang kebaboommm di Perak, Di Selangor para ADUN nya dah mula "bukak baju" kepanasan dan projek pertama kerajaan PR di Selangor ialah kandang khinzir terbesar, di Pulau Pinang Timbalan Ketua Menteri 1, letak jawatan dengan tiba-tiba, di Kedah Menteri Besar nak tebang balak di hutan simpan untuk carik duit dan Kelantan negeri yang amat MUNDUR sehinggakan rakyatnya bersepah mencari duit di negeri orang serta pelbagai masalah sosial di kalangan orang mudanya seperti video lucah awek2 Kelantan.
Kepada para pembaca, percayalah Barisan Nasional akan terus memerintah negara dan seterusnya akan membawa negara ke arah kegemilangan kepada semua, INSYAALLAH. Apa yang perlu ialah rakyat berfikir dengan bijak siapa yang hendak di pilih menerajui negara, samada Pakatan Rakyat yang bercanggah perjuangan di antara parti di dalamnya dan di terajui oleh seorang MUNAFIK seperti ANWAR IBRAHIM atau kepada Barisan Nasional yang sentiasa duduk di bawah satu gabungan yang mantap dan satu perjuangan serta telah terbukti dapat memerintah dengan baik selama lebih 50 tahun.
Sebagai manusia semua orang membuat kesilapan, Barisan Nasional tak lepas dari itu, tetapi BN memperbaiki dan belajar dari kesilapan itu. Tidak seperti Pakatan Rakyat yang membuat kesilapan tetapi tidak pernah mengaku kesilapan mereka dan terus melakukan kesilapan tersebut. Macam mana mereka nak berubah kepada lebih baik jika pada anggapan mereka, tiada sebarang kelemahan pada diri mereka. Fikir-fikirkan lah.