Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 2, 2009

PAS Ketandusan ISU!


Kesian aku tengok budak2 PAS, mereka dah ketandusan isu untuk di campakkan ke muka pengundi2 di Bukit Gantang. Kesian. Kalau tgk kempen2 derang tak habis2 sebuk pasal Kerajaan Pakatan Rakyat yang tumbang di Perak. Kenapa agaknya yek?

Nizar dalam kempen2 nyer dengan lantang MENDERHAKA terhadap Sultan Perak dengan mengatakan Perak adalah salah satu di antara Kerajaan HARAM di dunia. Tidak kah perbuatan ini KURANG AJAR! Tidakkah NIZAR diajar untuk tidak sahaja BERTAQWA kepada ALLAH S.W.T. tetapi juga perlunya menghormati sesama manusia apatah lagi kepada RAJA. Tidakkah NIZAR di ajar tentang ADAT ORANG MELAYU & ISLAM? Adakah NIZAR mengikut sunnah apabila setiap kali ceramahnya beliau mendoakan kemusnahan manusia sebangsa dan seagamanya (orang UMNO)? Yang menghairankan bagaimana pengikut fanatik PAS boleh menerima manusia jenis ini sebagai pemimpin? Mereka begitu seronok melaungkan "MUSNAH MUSNAH ... MUSNAH UMNO" Kata-kata kita itu adalah doa, tidakkah terfikir dalam kepala hotak mereka, mungkin ada anak mereka yang menjadi ahli UMNO, atau anak saudara mereka, atau adik beradik mereka, secara tidak langsung mereka juga mendokan kemusnahan saudara mereka sendiri! Alangkah ruginya manusia2 ini, yang hanya mengikut sorakan pemimpin mereka tanpa berfikir panjang. Agaknya kalau NIZAR jerit "HIDUP HIDUP ... HIDUP SEX BEBAS" pun mereka akan ikut. Sudah-sudahlah tu NIZAR. Anda telah tewas dan silalah terima hakikat bahawa Perak kini di pimpin oleh parti yang lebih berdisplin, lebih bijak dan terurus iaitu Kerajaan Barisan Nasional. Anda telah di beri 1 Tahun untuk menunaikan janji2 semasa pilihanraya umum lepas, tetapi apa yang anda buat di Perak? Anda gadai tanah di Perak untuk orang2 DAP. Anda sebuk membuang semua ketua2 kampung dan JKKK nya, imam2 dan pegawai2 kerajaan yang tidak menyokong anda. Anda juga sebuk untuk memiliki kereta baru. Anda sebuk nak menutup Tadika KEMAS. Apa yang anda buat untuk seluruh rakyat Negeri Perak?

Pakatan Rakyat juga tak habis2 bercakap tentang rasuah dalam UMNO. Dari mana dia tahu ada rasuah dalam UMNO? Jawabnya, UMNO sebuah parti yang telus, UMNO tidak pernah menyorok jika ada ahlinya yang mengamalkan rasuah. Tidakkah ini yang rakyat mahu? atau rakyat mahu sebuah parti yang melakukan rasuah tetapi hanya mendiamkan nya? UMNO sememangnya bencikan rasuah, sebab itu sesiapa yang mangamalkan rasuah akan di ambil tindakan sewajarnya. Adakah dalam PAS, PKR dan DAP tidak ada rasuah? Tolonglah jangan nak menipu diri sendiri. Banyak CERITA yang kami dengar tentang rasuah NIZAR semasa dia jadi MB TUNGGANGAN di Perak dulu. Tapi kami ni bukan jenis suka membuat tuduhan tanpa bukti, jadi di sebabkan kekurangan bukti, kami berdiam diri. UMNO ada lebih 3 JUTA ahli! Jika terdapat 30 orang dalam UMNO yang ada bukti mengamalkan rasuah, ratio nya masih kecil sekitar 0.001% sahaja! Ini adat manusia. Tak mungkin 3 Juta Ahli UMNO semuanya BAIK! Dan saya rasa ahli PAS atau Pakatan Rakyat juga manusia kan? Jadi adakah anda fikir semua ahli2 PR ini BAIK? Gunakanlah otak dan berfikir lah secara terbuka. Yang salah tetap salah, tapi jangan sekali-kali anda menyalahkan yang betul.

Kemudian, isu yang sering di mainkan oleh PR ialah isu ALTANTUYA yang mati di bunuh oleh ??? Belum di putuskan mahkamah. PR dengan hebat menuduh D.S. Najib terlibat! Sehingga dalam parlimen secara umum seorang ahli parlimen PR begitu kurang ajar menuduh D.S. Najib terlibat dalam kes Altantuya! Adakah ini tindakan BERANI atau KURANG AJAR atau BODOH? Jika di minta fanatik PR jawab, semestinya mereka menjawab "BERANI" tapi jika di tanya pada orang yang sedikit bijak, jawabnya mestilah "KURANG AJAR dan BODOH" Dan tuduhan2 ini juga di laungkan oleh pemimpin2 PAS. Mereka yang kononya beriman dan di kalangan UZTAZ boleh membuat tuduhan2 liar tanpa bukti begitu! Takkan lah orang yang "ALIM" tak tahu tentang betapa pentingnya SAKSI pada ISLAM di dalam sebarang pertuduhan. Tidakkah dalam ISLAM sehingga kan saksi pun perlu ada syarat-syarat nya. Tapi PAS tak kisah semua ini, mereka hanya percayakan ANWAR IBRAHIM. Apa sahaja yang Pak Nuar cakap, PAS akan terima bulat2 tanpa ragu! Pak Nuar kata D.S. Najib terlibat dalam kes Altantuya, PAS pun SETUJU!!! Pak Nuar kata D.S. Najib ambik komisen dalam pembelian kapal selam, PAS pun SETUJU!!! Tapi tak pernah lak Pak Nuar menunjukkan bukti, selain dari cakap "Saya ada bukti yang kukuh," cakap je! itu pun dah cukup bagi PAS menerima kata-kata Pak Nuar. HEBAT! Mari kita fikir sejenak. ANWAR IBRAHIM semua orang kenal, sikap dan tekniknya untuk mengenakan orang. Pertama "GO PUBLIC" atau tunjukkan kepada orang ramai. Ini lah tektik yang amat berkesan untuk Pak Nuar, itu sebab kita lihat apa sahaja isu, beliau akan letak di YouTUBE. Contohnya Video si Linggam. Jadi jika semua tuduhan ini berbukti, tidakkah anda fikir beliau akan letakkan di YouTube? Apa yang nak Pak Nuar takutkan? Jawabnya ialah ANWAR IBRAHIM hanya sekadar seorang PENIPU yang cukup bahaya.

Oklah, terima kasih kerana sudi membaca. Anda fikirlah baik-baik. Aku bukan dapat apa pun jika UMNO menang di Bukit Gantang. Aku hanya lakukan ini demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA aku. Aku taknak anak aku nanti hidup menumpang di negara sendiri seperti yang terjadi pada Orang Melayu di Singapura. TAKBIR!