Berita Harian: Mutakhir

Sunday, April 5, 2009

Anda Telah Sampai Di Persimpangan ...


Ini post terakhir aku berkaitan dengan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sehinggalah keputusan undi di perolehi nanti. Aku rasa semua yang nak kita (Barisan Nasional) cakapkan telah pun kita cakap. Begitu juga dengan mereka (Pakatan Rakyat), semua nya berkisar dengan perkara yang sama.

Aku cuma nak ingatkan kepada semua bakal pengundi di ke tiga-tiga kawasan ini, pilihlah dengan bijak. Anda semua telah tiba di satu persimpangan, dan anda perlu membuat pilihan. Kemana arah tuju anda? Anda telah tahu kemana jalan yang anda pilih sebelum ini membawa anda. Soalannya adakah anda masih mahu mengikut jalan yang sama?

Di Bukit Selambau, adakah anda semua mahu mengikut atau mengundi satu parti (PKR) yang terbukti amat kuat membuat penipuan dan janji-janji kosong? PKR adalah satu parti yang di pimpin oleh seorang MUNAFIK iaitu ANWAR IBRAHIM yang mana lidahnya tak penat-penat MEMFITNAH! MENIPU! MENUDUH! MEMAKI HAMUN! Beliau juga seorang mastermind yang sering merancang kekecohan, berkumpul secara haram, demonstrasi jalanan dan memburuk-burukkan negara ki mata dunia! Inilah juga orangnya yang sanggup membuat apa sahaja, termasuk MENDERHAKA, menakut-nakutkan pelabur, memburuk-burukkan negara kepada dunia luar hanya untuk mencapai IMPIANNYA untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia! walaupun beliau tahu perbuatan nya itu sedikit sebanyak telah menyebabkan ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi negara jatuh, siapa yang menanggung kesusahan? Siapa lagi kalau bukan RAKYAT MALAYSIA sendiri!  Sanggupkah anda memilih parti yang di pimpin oleh seorang munafik yang telah menyusahkan kita semua!?!? Kita lihat sahaja nanti, samada anda mahu di wakili oleh satu parti yang benar2 mahu memajukan kawasan anda iaitu Barisan Nasional  atau sebaliknya.

Di Bukit Gantang pun perkara yang sama. Adakah anda mahukan seorang pemimpin yang derhaka terhadap Sultan nya menjadi wakil anda? Jika kepada Sultan, NIZAR boleh ber KURANG AJAR demi kuasa dunia nya, bayangkanlah apa yang dia boleh buat kepada anda semua. Ini ialah seorang manusia yang amat keji! Nizar telah menjadi seperti ANWAR IBRAHIM. Nizar sekarang sudah pandai menderhaka, menipu dan lebih dahsyat Nizar telah mengkhianati umat MELAYU di Negeri Perak dengan membiarkan dirinya DI TUNGGANG oleh Ngeh atau DAP! Adakah anda mahu terus memberi sokongan kepada manusia MUNAFIK dan PENDERHAKA ini!?!?!? Nizar yang mewakili PAS, sebuah parti yang dahulunya begitu lantang bila berkempen mahu menubuhkan sebuah negara ISLAM sebagai perjuangan nya, kini telah melencong perjuangan nya. Dulu PAS meMURTADkan Ahli UMNO kerana bersekutu dengan MIC dan MCA, sekarang PAS mengHALALkan perbuatan mereka bersekutu dengan PKR dan DAP! Kenapa agaknya? Untuk manusia yang berakal, jawabnya mudah, pemimpin mereka juga MUNAFIK! Jelas dahulu mereka berbohong kepada rakyat, sekarang bila mereka di hidangkan dengan kuasa dunia, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk MENJILAT ludah mereka sendiri! Adakah ini sebuah parti ISLAM? PAS juga amat suka memaki hamun, mengaibkan orang lain, menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka dan sanggup MENDERHAKA kepada Sultan demi kuasa dunia! Adakah ini sebuah parti ISLAM? PAS sekarang tidak lagi seperti dulu, pemimpin mereka juga tidak mencerminkan sikap2 seorang ISLAM yang sejati. Tetapi malang sungguh, masih ada orang tertawan dengan PAS yang berselindung di sebalik SERBAN mereka, walaupun serban yang mereka pakai itu amat kotor dan busuk! Adakah anda (Penyokong PAS) fikir anda lebih ISLAM dari kami (Orang Islam Barisan Nasional) hanya kerana anda menyokong sebuah parti yang terdapat perkataan ISLAM di dalam namanya? Fikirkan lah.

Untuk pengundi Batang Ai (Air), anda telah di pimpin oleh Barisan Nasional sebelum ini, anda telah tahu bagaimana cara BN bekerja. BN telah bersama anda sejak sekian lama dan telah membawa kemajuan di Batang Ai. Anda semua telah dan akan terus di beri perhatian kerana BN bukan sebuah parti yang bekerja pada masa pilihanraya sahaja. Jangan lah anda pula termakan dengan penipuan dan kelicikan PKR dan Pakatan Rakyat. Jangan anda tertipu dengan lakonan mereka. Jangan tertipu dengan cerita sedih mereka. Jangan tertipu dengan janji-janji mereka. Teruskan sokongan anda kepad Barisan Nasional, nescaya anda akan kecapi kemajuan yang berterusan sehingga ke anak cucu anda. Insyaallah.

Satu soalan yang saya sememangnya tidak pernah mendapat jawapan yang memuaskan hati saya kepada penyokong Pakatan Rakyat, "Perubahan Apa Yang Anda Mahukan?" Dari pengamatan saya, anda hanya mahu mengubah pemimpin sahaja. Adakah anda sekarang dilarang bersembahyang? Tidakkah anda sekarang menikmati seribu satu macam kenikmatan dari pihak kerajaan BN? Kita sejak lahir telah di taburkan dengan pelbagai bakti dari kerajaan. Sebagai contoh mudah, jika anda melahirkan anak di hospital swasta, bayaran yang anda kena bayar ialah lebih kurang RM2000. Bandingkan dgn hostipal kerajaan, tak sampai pun RM200. Cuba anda bawak baby anda mendapatkan cucuk imunisasi di klinik swasta, ada vaksin yang mencecah RM300! tetapi di hospital kerajaan, ia PERCUMA!!! Ini satu dari beribu2 jasa kerajaan yang telah kita mamah dari mula kita di lahirkan. Tetapi setelah kita besar dan sedikit pandai, kita lupa segalanya, kita lupa dan meludah kembali kepada kerajaan yang telah menolong kita sehingga kini. Kita sememangnya MUDAH LUPA.
 
Tetapi walau apapun yang kami, semua blogger2 Pro Kerajaan BN atau blogger2 Pro Pembangkang katakan, keputusan ada di tangan anda iaitu semua Pengundi2 di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai (Air). Jalan mana yang akan pilih? Jalan menuju kejayaan Agama, Bangsa dan Negara atau jalan yang menuju kehancuran. Pilihlah dengan bijak. Ingatlah pilihan anda hari ini akan meninggalkan kesan kepada anak cucu anda di kemudian hari. Selamat Mengundi!