Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 16, 2009

Bersatu Teguh ... Susah Sangat Ke Nak Faham?


Kadang2 aku rasa macam para pemimpin kita ni macam tak reti bahasa! Kita di bawah ni bukan main beria2 la dengan usaha sendiri, dgn duit poket sendiri, masa dan tenaga di habiskan untuk mempertahankan parti (Barisan Nasional), tapi derang yang duk kat atas tu macam tak paham2 bahasa! Aku nak tanya, korang paham tak "BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH" aku rasa budak darjah 4 pun tahu apa maksud kata-kata tu. 

Aku bangkit hal ni pasal beberapa perkara yang terjadi baru2 nih di kalangan pemimpin BN sendiri, seperti di Terengganu dan antara TPM baru kita Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Aku sarankan D.S. Najib dapat mengubal satu rules yang memastikan segala kemelut dalaman BN tidak harus di hebahkan ke seluruh alam! Jika timbul rasa tidak puas hati, gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan nya. Jika mereka asyik menggunakan media untuk berbalas-balas komen, maka rakyat akan anggap BN tidak kukuh. Sama juga hal nya dgn apa yg terjadi di Terengganu. Dan ini, aku yakin akan menyebabkan kita tewas lagi di pilihanraya umum akan datang.

Para pemimpin UMNO dan BN semua, tolonglah jangan memperbodoh2 kan kami. Sebenarnya tindakan korang inilah merupakan satu tindakan yang "TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH"!! Kami di bawah ni, teruk kene bantai dengan budak2 PR tapi kami terus juga mempertahankan anda semua dan parti kita (BN). Kesal sungguh bila lihat korang pulak bercakaran sesama sendiri! Ini nama nya "TIKAM BELAKANG" Aku satu je nak ingat kan pada kamu semua pemimpin BN di atas sana, jika Barisan Nasional (UMNO dan semua parti komponen nya) terus bersikap begini, tak heran lah jika di pilihanraya umum akan datang kita akan memPERDANA MENTERIKAN ANWAR IBRAHIM! Lihat sahaja lah. Tapi jika anda semua mahu terus kekal dan terus berkhidmat untuk Agama, Bangsa dan Negara anda, sila lah ubah perangai tu! JANGAN JADI CAM BUDAK-BUDAK!

Semua orang ada pendapat masing2, T.S. Muhyiddin pun sepatutnya fikir sebelum mengeluarkan statement. Jangan cakap je. Kalau bahasa inggeris kurang sikit, belajar lagi. Apa pun, sebagai pemimpin anda kene ikut langkah2 nih bila nak bercakap kepada umum:
  1. Buka mata dan lihat
  2. Buka hati dan selaminya
  3. Sebelum luahkan kata hati, singgah sebentar ke OTAK (fikir)
  4. Di OTAK kita, campur tolak kan kata hati tadi dengan logik
  5. Luahkan dengan kata-kata
Sebagai pemimpin anda perlu lakukan semua di atas dalam masa dua tiga saat. InsyaALLAH anda akan jarang terlanjur kata. Untuk D.S. Ong pun, kan ke molek kalau D.S. boleh berjumpa dengan TPM sendiri menerangkan hal sebenar. Atau pun mendapatkan pandangan beliau tentang perkara ini. Buat apa lah kita nak bising2. Hal2 kecik macam ni akan di jadikan isu besar oleh pembangkang.

Untuk UMNO Terengganu pun sama, korang jangan la kasik kami ni jadi si biol! Kami duk sokong dan pertahankan korang cam nak mati (ingat lagi ke cerita "NATANG" di Terengganu ari tu?), sekarang korang lak nak bertekak2 sesama sendiri. Bertekak takpe tapi janganlah UMUMKAN perkara tu! Adakah sekarang masa yang sesuai untuk anda bercakaran sesama sendiri? Ingat perjuangan. UMNO bukan memperjuangkan kepentingan peribadi, UMNO memperjuangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA!

Sekali lagi aku mintak sangat, Kepada semua para pemimpin atasan Barisan Nasional, sila paham kan pepatah ini ...
"BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH"