Oleh kerana aku sering @ selalu baca tulisan2 para Blogger Pro Pakatan Rakyat yang byk mengatakan Kerajaan Barisan Nasional ini ZALIM! Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk aku cerita kan 2 kisah KEZALIMAN yang di lakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terhadap 2 orang kawan aku sendiri. Untuk maklumat korang, aku sorang peniaga, kwan aku 2 orang ni pun berniaga juga. So cerita mereka ini juga berkaitan dengan perniagaan. Dan INI BUKAN CERITA REKAAN! Aku dengar dari mulut derang sendiri!
Cerita KEZALIMAN pertama terjadi kat kawan aku ni, AZLAN (bukan nama sebenar) seorang peniaga alat-alat sukan, alat-alat tulis dan percetakan. Cerita ni lama dah, aku rasa tahun 2002 kut. Dia ni menyewa je sebuah kedai, sebab perniagaan baru. Memang susah la nak mula berniaga nih, semua pembekal tak caya kan kita. Kalau kita nak beli brg buat stok atau nak bekal kan kat orang mesti kene bayar TUNAI! Dia ni lak byk deal dgn badan kerajaan gak cam aku, so kerajaan belai pakai L.O. la kan. Wah peritnya dia nak hidup. Mana nak carik tunai byk2 nak beli barang.
Jadi dia dapat tahu satu KEZALIMAN Kerajaan Barisan Nasional, iaitu pinjaman perniagaan dengan satu badan kerajaan (maaf sirius lupa giler kat mana). Dia pun pergi la jumpa pegawai2 di situ. Dipendekkan cerita dapatlah pinjaman tu. Nak tahu apa KEZALIMAN yg aku maksudkan? Kawan aku nih MULA kene bayar pinjaman tu hanya selepas 6 BULAN wang pinjaman di terima! Dan satu lagi pinjaman tu TAKDER INTEREST!!! YA ALLAH !! Seronoknya kawan aku nih, dia kene reject dgn boleh kata semua bank, tapi Kerajaan Barisan Nasional boleh bagi!!! TANPA INTEREST!! ZALIM! MEMANG ZALIM PUNYER KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!! KEZALIMAN itu telah menyelamatkan perniagaan dia dan dapatlah kawan aku tu teruskan perniagaan nya dan membayar gaji 3 orang pekerja nya. Sehingga hari ni dia masih teguh menjalankan perniagaan nya, ALHAMDULLILAH!
Cerita KEZALIMAN kedua pulak jadi kat kawan aku si HALIM (bukan nama sebenar). Halim pun berniaga, dia ada kilang kecil membuat hmmmm sesuatu je la. Tak leh kasik tau betul2 nanti dia marah lak. Ini cerita baru. Dia datang ke pejabat aku ada hal bisnes sikit la kan. Aku tanya la khabar bisnes dia, dia kata dia baru beli mesin. Mesin tu RM195,000.00! Wah, ok tu, kira perniagaan dia ok la. Tapi dia cerita rupanya dia di ZALIMI oleh Kerajaan Barisan Nasional!! Aku terkejut le, Apa ZALIM nya? Dia kata kat aku, dia dapat pinjaman dgn Bank Pembangunan untuk mesin tu, yg ZALIM nya ialah Kerajaan Barisan Nasional menerusi Bank Pembangunan bagi "GERAN" (bantuan) sebanyak RM100,000.00!!!!!!! HAH!! ZALIM!! MEMANG ZALIM !!! Makna nya dia hanya hutang dgn Bank Pembangunan RM95,000.00 je!!! YA ALLAH!!! ZALIM NYAAAA!!! KEZALIMAN Kerajaan Barisan Nasional ni menyebabkan kawan aku tu dapat mesin yang bernilai RM195,000.00 dengan hanya perlu membayar pinjaman RM95,000.00 sahaja!!! Huh! SUNGGUH ZALIM!! Dan nak tahu apa yg menarik, dia kata sesispa yang dapat pinjaman skim ni kene hadiri kursus 1 hari. Dia kata DIA SORANG JE MELAYU yang menghadiri kursus tu. Yang lain semua orang CINA dan INDIA! Laaaa, rupanya Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja ZALIM kepada orang MELAYU, bahkan orang CINA dan INDIA pun kene ZALIM gak!!
Aku ingat itu je KEZALIMAN yang dia dapat dari Kerajaan Barisan Nasional, rupanya ada lagi! Di pernah membuat pinjaman sebelum ini. Lepas tu dia bayar la cam biasa, lepas beberapa lama bayar adalah berbaki lagi lebih kurang 30% hutang dia tu (kalau RM100k makna nya baki tinggal RM30k) Kemudian, dia terkejut batak! Sebab Kerajaan Barisan Nasional telah sekali lagi MENZALIMI kawan aku ni dengan menghantar surat mengatakan dia TAK PERLU bayar baki 30% hutang dia tu!!! GILER PUNYER ZALIM!!! Ader ke patut Kerajaan Barisan Nasional mintak kawan aku tu TAK PAYAH BAYAR BAKI HUTANG DIA!!! Sebab menurut surat tu, kawan aku ni bayar bulanan pinjaman dia tu cantekkkk, jadi sebagai penghargaan, Kerajaan Barisan Nasional kasik potong 30% hutang dia! GILER ZALIM!! Aku tak sangka Kerajaan Barisan Nasional begitu ZALIM terhadap peniaga-peniaga, bukan sahaja Melayu tapi Cina dan India dan semua bangsa! Kalau korang tak caya ujudnya skim2 ini, sila lah ke Bank Pembangunan.
Tah la, aku rasa cukup la PENDEDAHAN aku tentang KEZALIMAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL ni. Aku takut korang tak larat baca lak. Ok la semua. ZALIM atau TAK ZALIM korang fikirlah sendiri. Pada aku, aku amat bersyukur di lahirkan di Malaysia kerana aku dapat hidup dengan aman dan sentosa. Pada aku di negara kita nih, kalau kita KERJA KUAT, kita insyaALLAH kita akan berjaya, tapi kalau kita CAKAP JE KUAT, insyaALLAH kita akan mundur. Pada korang, aku tak tau ler. Sendiri mau ingat la.