Tahniah di ucapkan kepada Dr Zambry kerana begitu perihatin dengan masaalah penduduk Negeri Perak nih. Yang terbaru ialah nasib lebih kurang 300 penghuni rumah setinggan di sepanjang bekas laluan keretapi Taiping ke Kuala Sepetang, Perak (tanah milik KTMB).
Dr Zambry telah berbingcang dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkaitan perkara ini. Dan Dr Zambry telah mencadangkan untuk menggantikan tanah lain kepada KTMB supaya penghuni setinggan tersebut tidak perlu berpindah dari tempat asal mereka yang mana ada di antara mereka telah menetap di situ lebih 70 tahun lepas.
Penyelesaian di jangka dapat di capai dalam masa terdekat. Alhamdullilah, inilah yang kita mahu baca di akhbar2, bagaimana pemimpin membela rakyat dan bekerja untuk rakyat, dah muak baca cerita pemimpin sebuk naik turun mahkamah sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.
Seperkara lagi, EXCO Negeri Perak Dr Mah Hang Soon telah berbincang dengan pemilik2 kebun limau bali di sekitar Lembah Limau Bali di Tambun bagi menjadikan nya sebagai satu kawasan Agro Pelancongan. Ini satu yang amat baik, kerana Lembah Limau Bali di Tambun tu sememangnya terkenal di seluruh Malaysia. Sekarang pun tempat tu dah bertambah cantik. Ada kebun limau di situ dah di usahakan lebih 100 tahun dahulu! Limau Bali dah jadi warisan Negeri Perak nih, so elok lah di jadikan tempat t u sebagai Kawasan Agro Pelancongan. Boleh la para pelancong melawat kebun2 tu dengan lebih seronok lagi.
Cuma aku mintak pekebun2 di situ lebih peka dengan kebersihan sekeliling kebun2 mereka, baja2 tak boleh la lagi di biarkan merata2, bau busuk nak kene jaga. Anjing2 pun jangan la biarkan berkeliaran di kebun2 tu, orang Islam pun nak melawat kebun2 tu. Baja yang di gunakan tu pun jaga2 la, kene ingat kami orang2 Islam ni. Di harap Dr Mah dapat memastikan perkara2 ini terutama yang berkaitan dengan halal dan haram bagi umat Islam. Papan2 tanda juga perlu mengutamankan bahasa kebangsaan. Saya duduk tak jauh dari situ dan selalu jugak la lalu di jalan2 tu. Papan2 tanda tu dah macam pekan Hong Kong. Besar kan Bahasa Melayu tu, tulisan Cina tu kecil kan sikit. Tak jadi masaalah bende tu. Perkara kecil je. Kalau perkara2 di atas dapat di realisasikan, nescaya anda akan nampak semua bangsa dan agama lebih banyak berkunjung di sana. Anywayz TAHNIAH Dr Mah! Teruskan usaha2 untuk memajukan lagi Negeri Perak nih. Kita sama2 boleh membangunkan negeri ini tanpa perlu rasa iri hati antara satu dengan lain. Go Barisan Nasional Go!!