Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 28, 2009

Nik Aziz cadang gubal akta anti culik wakil rakyat


Aku baca Harakah tadi, best jugak baca pasal Tuan Guru kito nih nak gubal undang2 anti culik YB. Tapi aku masih hairan, cerita culik2 nih. Setahu aku culik ni bukan satu perkara yang kecil. Maksud perkataan CULIK ialah "menahan, mengurung sesaorang di mana2 jua tempat dengan paksa dan tanpa kerelaan nya" Jika betul2 terjadi, agaknya pihak polis boleh cover ke? Nik Aziz kata di Harakah,
 
"Mana baik meletak jawatan secara terhormat atau menculik wakil rakyat dan kemudian memaksa mereka menyokong parti tertentu sehingga menyebabkan sebuah kerajaan tumbang.

"Itulah realiti yang berlaku di Perak sekarang sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang melalui rampasan kuasa. Kalau ada akta anti culik sudah perkara seperti itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi di Makkah hari ini.

Aku kalau hal2 takder bukti nih atau fitnah2 nih, meluat! Sebagai seorang pemimpin adakah wajar kita bermain dengan tuduhan2 tanpa bukti sebegini? Pemimpin apakah kita jika perangai kita tak langsung melambangkan yang kita ni seorang pemimpin, hanya sekadar orang yang tahu menggunakan Agama untuk kepentingan politik dan kuasa mereka sendiri. Nik Aziz dan PAS sekarang pandai pusing2 cakap dan mentafsir ayat Quran mengikut kepentingan dan acuan PAS.

Sebagai contoh mudah, bagaimana PAS bersorak kegembiraan bila DUN Perak Tengah yang melompat masuk dari BN ke PR dulu dan menganggap dia sebagai seorang HERO! Tetapi bila dia lompat balik sokong BN, PAS kata perbuatan yang sama itu sebagai KEJI! Kita lihat pula apa kata Nik Aziz tentang isu Eli Bogel, Isu ALLAH di gunakan oleh org Kristian, Isu ayat Al-Quran yang di gunakan oleh DAP untuk mengutuk orang ISLAM (UMNO). Semua yang di lakukan oleh kawan2 Nik Aziz atau PAS, semua nya OK! Nizar sendiri mengaku dalam Dewan DUN Perak, bahawa PAS TIDAK PERNAH MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM! Tapi isu Negara Islam lah yang di sebuk2 kan oleh PAS untuk menagih undi dari orang2 Melayu. Tah la.

Yang Ikhlas,