Berita Harian: Mutakhir

Friday, May 22, 2009

ALHAMDULLILAH!! KITA BERJAYA!


Alhamdullilah, kita berjaya! Tapi seperti yang kita jangka, pasti PAS akan membuat rayuan ke mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan. Maka kita tunggu pulak la keputusan Mahkamah Persekutuan. Tapi apa pun, TAHNIAH Dr Zambry! Dan teruskan lah bekerja untuk rakyat Perak! Kemenangan ini pastinya akan menaikan semangat D.S. untuk lebih memperjuangkan nasib Rakyat Perak. Alhamdullilah dan TAHNIAH sekali lagi!

Komen Dr Zambry:

Zambry bersyukur dengan keputusan mahkamah

22/05/2009 4:42pm

SLIM RIVER 22 Mei - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat serentak cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini hari ini. - Utusan

Komen Nizar:

"Saya akur dengan keputusan mahkamah" - Nizar

22/05/2009 5:29pm

IPOH 22 Mei - "Saya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bagaimanapun saya akan mengambil tindakan susulan untuk mendapatkan pembelaan," kata Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang sah. - Utusan

Yang Ikhlas,