Selamat Hari GURU! Tanpa GURU kita akan jadi macam beruk dalam hutan. Tak reti apa2, yang kita tahu cari makan, buang air, tidor. Kerana GURU lah maka kita di gelar manusia yang berpendidikan. Samada tinggi atau tak berapa tinggi, kita masih boleh di gelar berpelajaran. Kita semua terhutang budi kepada para GURU kita. Dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah menengah, kolej dan universiti. UZTAZ yang mengajar kita AL-QURAN juga GURU, pendek dan panjang kata, sesiapa yang mengajar orang lain tu GURU la namanya. Termasuk la orang yang mengajar kawannya mencuri kereta misalnya, GURU gak tuh, tapi tu GURU yang membawa anak muridnya jalan ke NERAKA!
HARI GURU ini khas untuk anda semua PARA GURU yang kami hormati, kami sanjung dan kami terhutang budi yang tak mungkin dapat kami balas. Bila hari2 camni teringat aku masa sekolah dulu. Kene marah, kene rotan, kene denda, tapi heran lak, bende yang aku ingat masa sekolah dulu, kebanyakan nya peristiwa2 aku nakal di sekolah je. haha. Yang baik2 susah sikit nak ingat.
Aku suka nak tanyer kamu semua termasuk diri aku sendiri, kalau kita benar-benar hormat sgt guru kita, ada ke kita buat apa yang dia ajar kita dulu? Misal nya GURU kita mesti nasihat kita suruh "belajar rajin-rajin", "hormat ibubapa", "hormat orang tua", "jangan bercakap bohong", "jangan mencuri", "jaga tutur kata" dan macam-macam lagi nasihat baik, ada kita buat ke?
Anywayz SELAMAT HARI GURU kepada semua GURU di Malaysia nih! Tanpa anda siapalah kami. Kami sayang CIKGU!