1) Jantung Anja ada dua injap
GELANG PATAH: “Anja Shahmidah terpaksa bergantung kepada ubat dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), tetapi doktor mengesahkan ia tidak memberi kesan kerana penyakitnya disahkan sebagai jantung cacat berikutan mempunyai dua injap berbanding empat injap pada manusia normal, selain satu injap itu sempit dan bocor,” kata seorang nelayan, Iskandar Abdullah, 40, semalam.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Melayu, di sini, Iskandar berkata, anak sulung daripada dua beradik itu kini berusia dua tahun setengah, disahkan menghidap penyakit itu ketika masih bayi lagi tetapi pada waktu itu, dia tidak mampu menanggung kos pembedahannya dianggarkan melebihi RM5,000.
Selain itu, katanya, ketika itu anaknya masih kecil dan jantungnya masih mampu berfungsi seperti biasa menyebabkan dia berhasrat mencari sumber kewangan.
“Bagaimanapun, keadaan Anja Shahmidah semakin buruk apabila dia mula boleh bermain serta mendapat sesak nafas sebelum muntah darah dan pengsan.
2) Ketumbuhan pipi kanan
Oleh Rahmat Othman
am@hmetro.com.my
JENIANG: “Penderitaan anak saya, Mohd Amirudin selama 12 tahun mungkin berakhir tidak lama lagi apabila ketumbuhan di pipi kanannya yang semakin membesar dibedah awal Jun ini,” kata Abdullah Said.
Abdullah, 49, yang tinggal di Kampung Kenangan, dekat Sik, berharap ketumbuhan pada wajah anaknya itu dapat dibedah segera kerana menimbulkan pelbagai implikasi termasuk mata kanan anaknya kini semakin kurang jelas dan mengganggu pergerakan.
Ketumbuhan itu juga, katanya, menyusahkan Mohd Amirudin untuk makan dan minum.
“Mengikut jadual, Mohd Amirudin akan membuat pemeriksaan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 1 Jun ini sebelum pembedahan itu,” katanya.