Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, May 5, 2009

Mari Ramai2 Ke Perak Sempena Sidang DUN 7hb Mei 2009

Di Salin Dari Laman Panglima:

Mari Ramai2 Ke Perak Sempena Sidang DUN 7hb Mei 2009

Saya baru sahaja menerima hasrat saudara Sekupangduas yang sangat sangat berharap agar blogger2 BPN dapat menyeru rakan2 dari kalangan blogger atau rakyat khasnya berasal dari Perak untuk meramaikan sidang DUN 7hb Mei depan. Apa cara sekalipun boleh dilakukan untuk memastikan sokongan padu seluruh rakyat kepada Kerajaan BN yang telah diperkenan membentuk kerajaan berdasarkan kepada sokongan Adun.

Ia pada 7hb nanti, pasti akan menjadi saat yang bersejarah bagaimana perjuangan membebaskan Perak dari dikuasai golongan yang rela menjadi boneka orang telah berjaya, walaupun menurut beberapa info ada pihak cuba menimbulkan kekacauan di sana dengan cara yang kita sebagai orang awam tentu tidak menjangkanya.

Saya pasti pihak polis sudah arif dan masak dengan helah mereka yang ingin mencetuskan huru hara kerana bila DUN dapat diambil alih oleh BN terutama jawatan Speaker maka akan berakhirlah saat itu penderitaan serta kesakitan jiwa pembela ketuanan bangsa serta Raja Melayu kita di Perak dan Malaysia khasnya.

Ayuh kita ke sana !!!



PENGUMUMAN PENTING UNTUK DISEBARKAN

Pagi tadi saya menerima satu sms yang berbunyi begini:-

Kepada semua penyokong BN serta semua rakyat Perak diminta hadir memberi sokongan dalam PERHIMPUNAN SELAMATKAN PERAK DARIPADA ANASIR JAHAT pada 7.Mei.2009, jam 7.00 pagi bertempat di Taman D.R Senivasagaam,Kg.Jawa,Ipoh.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Mior di talian 017-543 5030.

Kerjasama anda amat diharapkan agar MEMANJANGKAN sms ini kepada semua kenalan anda.

Anda juga diminta menyebarkan maklumat ini dengan cara lain,seperti internet,secara lisan,atau dimana perjumpaan dan perhimpunan yang anda hadiri.


Komen Aku:

Aku cuma harap sgt budak2 UMNO terutama Pemuda jgn la pandang remeh hal ini. Korang sepatutnya berada di barisan hadapan sebagai tanda "Melayu Teguh Di Belakang Tuanku!" Ini soal maruah. Aku hairan jugak, Ketua Pemudah UMNO yg baru duk diam je, pehal? Sakit gigi ke?

Tambahan: Oleh kerana ramai yg salah anggap dan mengatakan tindakan ini sama seperti Perhimpunan yang di rancang oleh PR, aku nak terangkan di sini, perhimpunan ini sebagai tindakbalas dari rancangan pehimpunan besar2an oleh PR. Kalau boleh, kami juga tidak mahu berhimpun seperti ini. Mari, jika setuju, mari kita dua2 pihak batalkan rancangan perhimpunan ini demi kemakmuran Ngeri Perak. Persoalannya Pakatan Rakyat nak ke? 

Yang Ikhlas,