Hari tu aku ada tulis pasal bende ni, kali ni aku tau memang mereka dah kecut. UMMI ku sayang siap kasik warning tu kat blogger pro BN agar tak tinggalkan komen. wow!! hehe aku dah cakap kalau agak2 tak suka orang komen, baik tak payah kasik orang komen terus. Ini memilih2 la pulak. Siapa agaknya yang kecut? Blogger PR dah kecut dgn kebangkitan Blogger Pro BN. Kalau dulu, mereka menguasai internet dgn cerita2 ngeri dan tuduhan2 merepek mereka terhadap Barisan Nasional tapi tidak lagi sekarang. Suara Blogger Pro BN yang menegakkan kebenaran dan menangkis cerita2 dongeng mereka dah betambah banyak di alam cyber nih. Korang baca la si UMMI ni tulis:
AMARAN untuk BPN..UBN...!!!Semalam ummi dah tinggalkan amaran kepada pembaca UBN dan bloggers UBN supaya jangan tinggalkan apa2 komen di blog ummi ni..rupanya ada yang bingai...maka amaran ini ummi akan letak di atas sekali supaya korang boleh nampak setiap kali masuk sini..nak masuk baca ..baca la..tapi jangan nak mengotorkan blog ummi dengan ayat2 busuk dari korang..respek ummi pada orang UBN dan penyokong UBN hanya tinggal 1 % aje...maka paham2 ajelah..kepada BPN..nak jadi penfitnah jadilah..tapi biar la jadi penfitnah yang berilmu..nak mintak korang jadi penfitnah beriman mana ada orang beriman buat fitnah...keluarlah dari tempurung UBN tengok2 la dunia luar dari tempurung UBN.. 1 dunia dah nampak kerosakkan yang UBN buat bukan 1 Malaysia..1 DUNIA..!! bukak la mata tu luas2..semua orang tau duk bawah tempurung UBN selesa..semua nak boleh dapat.. bagus jugak..sekurang2nya ranking PR melonjak naik disebabkan taat setia korang pada UBN yang berprinsip 'matlamat menghalalkan cara'..terima kasih banyak2 UBN...PRU13 akan mengajar UBN langit itu tinggi atau rendah..ingat..respek ummi untuk UBN tinggal 1% sahaja..!! bangkai gajah korang nak tutup dengan daun pandan..?? bau busuk korang tetap terserlah beb..!!SELAGI ISLAM DAN KEADILAN TIDAK TERTEGAK DI BUMI MALAYSIA INI...LAWAN TETAP LAWAN...!!
Hehe, kesian lak aku tengok blogger2 PR nih. Makin takut! Memang hit blog mereka tinggi2, aku cuma harap pembaca blog mereka tak seperti penulisnya yang terima bulat2 apa je tindakan pemimpin mereka tak kira betul atau salah. Dalam ayat2 UMMI di atas tu, yang paling menarik aku baca ialah "SELAGI ISLAM DAN KEADILAN TIDAK TERTEGAK DI BUMI MALAYSIA INI...
LAWAN TETAP LAWAN...!! " Wow! bersemangat tul! Tapi ummi ni agaknya tak suka baca penulisan blog2 Pro BN, tu pasal dia seperti duduk di dalam tempurung. Nizar sendiri dalam mesyuarat DUN Perak semasa dia MB dulu, mengatakan dalam dewan bahawa PAS TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM! Tengok video atas tu. Jadi macam mana la pengikut2 nya boleh menaruh harapan nak tegakkan ISLAM. Lagi satu dari ayat tersebut, pengaruh Anwar Ibrahim amat kuat menular dalam diri budak2 PAS, lihat ayat tersebut, "KEADILAN," dah di tambah dalam "perjuangan" mereka. Kalau dulu ISLAM sahaja. Sebuk nak perjuangkan Negara ISLAM. Tah la, aku tengok makin hari makin tah apa-apa je budak2 PR terutama PAS nih. Makin merepek2. Makin tersesat jauh!
Kamu nak tau, ada penceramah (Uztaz PAS) di surau kg aku cakap "Sepatutnya kita (PAS) tak boleh berdamping (bercampur) dengan orang UMNO" Apa punyer *&**&!#$!^ la korang nih! Sedangkan NABI kita dengan orang KAFIR pun dia berbuat baik, ini kamu semua nak memutuskan silatulrahim sesama ISLAM dan MELAYU! Memang Anwar Ibrahim dah berjaya dalam salah satu MISI nya, iaitu "MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ORANG MELAYU" Cuma aku tak sangka PAS boleh terjebak dalam kemungkaran ini. Sedih!
Yang Ikhlas,