Aku suka mengambil satu ayat yang kononya inilah perjuangan Pakatan Rakyat (PR) terutama Parti Islam SeMalaysia (PAS) :-
"SELAGI ISLAM DAN KEADILAN TIDAK TERTEGAK DI BUMI MALAYSIA INI...LAWAN TETAP LAWAN...!!"
Aku suka nak sarankan kepada semua para blogger Pakatan Rakyat untuk memastikan dan tunjukkan kepada kami semua yang perjuangan anda itu di laksanakan di ke empat2 negeri yang PR terajui. Barisan Nasional (BN) memerintah dengan mengambil kira semua bangsa, sebab itu BN mengeluarkan lesen kedai arak misal nya, lesen nombor ekor misalnya, lesen disco misalnya. Tetapi BN juga mengharamkan umat Islam dari minum arak dan beli nombor ekor. Kalau masih ada umat Islam yang beli nombor ekor misalnya, itu salah dia sendiri. Dia yang BODOH TEGAR main nombor ekor pehal? Aku tiap2 hari lalu depan kedai ekor dan kedai menjual arak dalam perjalan ke tempat kerja, tak pulak aku beli arak tu dan beli nombor ekor. Jadi, Jika itu tak cukup ISLAM bagi budak2 PR terutama PAS, sila tunjukkan kepada kami semua rakyat apa yang betul.
Sila tutup semua kilang2 arak di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan (jika ada), tutup juga kedai2 menjual arak, tutup semua kedai2 nombor ekor. Buat semua tu, kami nak lihat ia di laksanakan di ke empat2 negeri di bawah PR. Jangan bagi alasan. Itu negeri korang, korang kan boleh buat apa sahaja di negeri korang. Jgn bagi alasan ada kaitan dengan kerajaan pusat. Takkan boleh korang lakukan nya, nak tutup kedai arak? Karang "saudara" korang dari DAP dan PKR marah. Tutup kedai nombor ekor pun nanti DAP dan PKR marah. Macam mana nak tegakkan ISLAM? Atau menegakkan Islam pada korang ialah letak tulisan jawi pada tandanama jalan? Owh, itu ke yang membuatkan korang lebih ISLAM dari BN? ic ic ic ...
Aku sedih dengan sikap budak2 PR terutama Melayu di dalam PAS, PKR dan DAP. Kamu bukan sahaja menghancurkan AGAMA ISLAM, tapi kamu juga telah menghancurkan UMAT MELAYU di tanah air kita sendiri. Kerajaan BN selama ini berjaya menyatupadukan kita semua, semua orang gembira. Kamu marah tak dapat projek dari kerajaan BN sebab kamu dari pembangkang? Kalaulah PR jadi kerajaan, mahukah PR memberi projek kepada orang2 BN? Kronitism tak ujud di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan sekarang? Jangan nak buat lawak la. Sekarang kalau pergi ke SUK Kedah, penuh dgn lebai2 bawak 4WD nak masuk tender. Jangan tidakkan hal ini. Di Penang pulak penuh dgn Ah Chong, sama jugak halnya di Kelantan dan Selangor. Hanya puak fanatik PR je akan menidakkan hal ini.
Bukan Melayu tertindas di Malaysia? Apa punyer %^#@&*!~$^ la otak korang nih. Bolehkan satu kaum yang tertindas (ORANG CINA) menguasai ekonomi sesuatu negara? Setahu aku lah, kalau kaum yang tertindas, kaum itu akan menjadi kaum paling mundur dalam sesebuah negara tu. Sapa paling mundur dalam Malaysia? MELAYU lah! Tengok lah kajian2 yang dah di buat. Jangan cakap ikut kepala lutut. Guna OTAK.
Jadi di pendekkan cerita, AKU CABAR PAKATAN RAKYAT untuk MENEGAKKAN ISLAM di SELANGOR, PENANG, KEDAH dan KELANTAN! Kalau nak kutuk2 kerajaan BN tapi 4 negeri ni kamu semua masih sama je, malah tambah kandang babi besar2, kuil besar2, baik tak payah bising2 la.
Pakatan Rakyat, mengandungi 3 parti dgn 3 ideologi yang berbeza. Bertanding dalam pilihanraya pun menggunakan 3 logo yang berbeza. Pakat-pakat jawabnya kebaboooom je laaaaa!!