Berita Harian: Mutakhir

Monday, May 18, 2009

Kempen 1 Sekolah 1 Malaysia


Kempen yang di jalankan oleh Saudara Demi Negara ini amat patut kita sokong, kerana semua nya bermula di sekolah. Kenapa perlu ada SRJK (Cina) dan SRJK (Tamil)? Kita tinggal di dalam sebuah negara yang berlandaskan satu sistem pembelajaran. Bahasa Malaysia yang juga bahasa rasmi negara kita patut di jadikan bahasa perantaraan di mana2 juga sekolah di negara ini. Jika kempen ini menjadi kenyataan, orang2 CINA dan INDIA tak perlu bimbang, mata pelajaran bagi bahasa ibunda mereka (Cina dan Tamil) itu masih boleh di ajarkan di sekolah SRK dan SMK.

Tujuan kita bukan nak hapuskan bahasa Cina dan India, tetapi untuk menyatupadukan rakyat bermula dari sekolah rendah. Jangan korang terkejut ada budak2 CINA dan INDIA (yang banyak budak CINA) tak reti cakap Melayu sekarang nih. SEKARANG! Tahun 2009 nih! Ini pengalaman aku sebagai contoh, aku pergi Pejabat Pendaftaran untuk daftar baby aku yg baru, masa menunggu giliran tu ada la sekeluarga Cina ni dtg nak buat kad pengenalan anak mereka (12 tahun). Kakak kaunter tu bagi la arahan kat mak budak tu berkaitan nombor giliran derang, tak reti cakap melayu rupanyer mak bapak budak cina tu, aku tgk mak bapak dia dalam 40an je, tak reti cakap Melayu! Bukan Cina tua2 yang lama2 tu. Yang paling menarik, kakak di kaunter tu terangkan kat anak dia yang buat ic tu, jeng jeng jeng, anak dia tu pun tak reti cakap Melayu!! Bayangkanla, budak Cina 12 tahun tak reti cakap Melayu!!! 12 tahun, cerita ni jadi tahun lepas (2008) maknanya budak cina tu lahir pada tahun 1996!!! Wow! budak Cina lahir tahun 1996 tak reti cakap Melayu! Inilah akibat dari kita mempunyai sekolah dari aliran CINA dan TAMIL.

Jadi marilah sokong dengan menandatangani "petition" tuh. Klik pada logo sebelah kiri tu. Atau klik di sini. Semoga kempen tu membuka mata pihak kementerian pelajaran untuk mengkaji semula penyatuan sekolah2 di Malaysia nih. Harap2 dapat sokongan dari semua blogger. 1 Sekolah 1 Malaysia!

Yang Ikhlas,