Berita Harian: Mutakhir

Monday, May 4, 2009

Lagi Kes Penderaan!

Sedih betul aku baca cerita kanak2 kene dera nih. Kenapa lah sanggup buat anak sendiri camtu. Ish. Ingatlah semua, kita WAJIB membantu mereka. Laporkan lah jika ada syak ada sesiapa yang kene dera. Di atas tu ada saya letakkan no telifon yang boleh kita hubungi jika hendak membuat aduan. Dengan kerjasama semua, kita dapat mengurang kes-kes begini InsyaALLAH.

1) Ibu curang seterika anak

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.

Katanya, kejadian terbabit dibongkar seorang ustazah sekolah terbabit yang sangsi terhadap kesan kecederaan teruk dialami mangsa.



2) Budak didera tinju ibu tiri

KUALA LUMPUR: Akibat tidak tahan didera ibu tirinya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sanggup bertinju dan melepaskan tumbukan ke arah wanita terbabit yang terlebih dulu menendang perutnya sekuat hati.

Dalam kejadian itu, murid tahun lima berkenaan ‘naik angin’ kerana ibu tirinya yang berusia 36 tahun kerap memarahi dan menderanya hanya kerana perkara kecil.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, ibu tiri kanak-kanak berkenaan mengambil semua alat permainan milik mangsa di dalam beg plastik sebelum disimpan dalam stor di rumah mereka di Damansara Utama.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu tirinya itu mengeluarkan semula beg plastik berisi permainan berkenaan.


Yang Ikhlas,