Perbuatan membersarkan isu-isu berkaitan "SPEAKER" Dun Perak ini sebenarnya menyusahkan rakyat negeri Perak sahaja. Sepatutnya MR SIVAKUMAR turun dgn hormatnya dan tidak membiarkan dirinya di peralat oleh orang lain. Jawatan SPEAKER bukan bermakna anda mendapat kuasa sama seperti SULTAN PERAK. Sivakumar sepatutnya memikirkan kebajikan rakyat Perak. Rakyat Perak perlukan pembangunan, bukan nak lihat korang berebut kuasa untuk diri sendiri. Rakyat Perak menjadi mangsa atas perbuatan mementing diri sendiri oleh Pakatan Rakyat ini. Sampai bila lah penyokong2 PR ini nak sedar bahawa perbuatan mereka menyebabkan rakyat Perak akan ketinggalan dalam pelbagai hal. Sedang negeri2 lain sebuk nak merancakkan ekonomi negeri masing2, kita di Perak sebuk tak habis2 nak jadi MB la, nak jadi SPEAKER la. Dan yg hairanya pengikut2 PR ni bukan main lagi, suka! Takbir tak henti2. Takbir mende? Takbir untuk kehancuran negeri Perak?
Yang lebai2 seronok bertakbir, menjerit2 bersemangat, tapi untuk apa? nak KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT? Semua orang termasuk orang hutan pun tahu ini slogan di reka oleh para pemimpin PR yang tamakkan kuasa. Nak jaga rakyat ke macam ni? Perbuatan korang bukan nak menjaga rakyat tapi MEMBUNUH rakyat Perak!
Pemimpin jenis ini yang kamu semua sokong. YA ALLAH! Korang suka pemimpin yang mulutnya sentiasa memaki hamun org, mendoakan kehancuran sesama bangsa dan agama, suka membuat fitnah dan suka membohong! Sampai Anwar Ibrahim yang sah2 takut untuk bersumpah tidak melakukan LIWAT pun korang boleh sokong! Sampai Eli yang sah2 melakukan maksiat dgn budak Islam pun korang sokong! Tolonglah wahai penyokong2 PR semua, terutama budak2 PAS, kembalilah ke jalan yang benar. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah tak kira siapa pelakunya.
Hentikan lah MENYEKSA kami rakyat Perak. Jgn di perlakukan kami seperti boneka. Kami mahu terus hidup dan menanggung keluarga kami. Hentikanlah perebutan "BODOH" ini. Dan anda para penyokong PR ni, anda sebenarnya yang memberikan galakan kepada pemimpin2 korang tu untuk menimbulkan huru hara di Perak ni. Jika anda memilih keamanan, maka tidak lah anda semua beramai2 menimbulkan kekecohan di Perak ni. Contoh mudah, RASUAH tidak akan terjadi jika takder yang memberi. Sama kes nya dgn kekecohan di Perak, takkan jadi kecoh jika hanya Nizar, Sivakumar, Ngeh dan Nga je yang berhimpun untuk mendemonstrasi. Cuba lah fikirkan kepentingan ramai. BERHENTILAH DARI MENYUSAHKAN RAKYAT PERAK!!