Berita Harian: Mutakhir

Monday, May 11, 2009

NIZAR TELAH MENDERHAKA dan MENGAIBKAN TUANKU SULTAN PERAK


Memang sedih, Nizar Si Penderhaka masih di iktiraf sebagai MB oleh mahkamah, tapi kita kene lah terima ini keputusan mahkamah. Jika keputusan mahkamah kita tak nak pakai, baik tak payah duduk Malaysia la kan. Cuma nya kita juga perlu ingat, BN masih memegang majoriti. Jadi apa akan jadi bila DUN bersidang nanti? Dan kita juga perlu ingat bahawa tindakan SIVAKUMAR mengantung Dr Zambry dan EXCO nya tempoh hari juga tidak sah di sisi undang2. Jadinya Apa sangat la yang boleh Nizar buat, sekadar nanti tewas di UNDI TIDAK PERCAYA yang akan di usulkan terhadapnya.

Kita saksikan nanti bagaimana pula mereka menerima berita pahit tersebut. Nizar tentunya sekarang ni tgh bodek Sultan untuk membubarkan DUN. Itu sahaja lah jalan keluar bagi Nizar. Jika Sultan Perak TIDAK perkenankan, maka pada sidang DUN tergempar nanti, kita akan lihat tumbang nya Nizar mengikut lunas undang2 yang seperti mahkamah mahukan.
KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Utusan Malaysia
Jadi kita saksikan lah nanti. Bagaimana rupa mereka pula bila menerima keputusan itu nanti. Anywayz, tahniah jugak la untuk Nizar yang berjaya merampas kembali kerusi MB. Harap2 cepat sikit buat Persidangan Tergempar DUN. Jangan lewat2 kan lak, kerja baik tak elok di lewatkan.

Cuma aku terkilan, bila Perintah Sultan Perak Darul Ridzuan di bantah oleh mahkamah. Di mana letaknya Kedaulatan Sultan?!?!?! Inilah yang Nizar mahu! Mengaibkan Tuanku! Walau apa pun keputusannya, aku tetap dengan pendirian aku yang NIZAR TELAH MENDERHAKA dan MENGAIBKAN TUANKU SULTAN PERAK demi kepentingan kuasa nya sendiri! Satu hari nanti ALLAH akan membalas jugak perbuatan kamu ni Nizar, nantikan je lah.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Yang Ikhlas,