Aku terkejut baca berita di Harian Metro ni ...
IPOH: Selepas hampir empat bulan menggunakan kenderaan rasmi Menteri Besar, Toyota Camry, akhirnya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akur dan menyerahkan semula kenderaan bernombor pendaftaran AGS 10 itu kepada kerajaan negeri pada jam 8 pagi semalam.Kenderaan itu diserahkan Mohammad Nizar sendiri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini dengan ditemani Pembantu Khasnya, Amran Harun dengan diiringi sebuah kenderaan lain yang dilihat memasuki pintu masuk utama bangunan di Jalan Istana itu untuk menghantar kereta rasmi berkenaan.
Adakah ini bermakna Nizar telah sedar dari mimpinya? Nizar telah menerima hakikat bahawa dia BUKAN LAGI MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN?? Wow, atau Nizar takde duit nak beli kereta tu? Tah la, pemikiran orang PAS sekarang bukan boleh di baca, sejak "berkawan baik" dengan PKR dan DAP, mereka dah pandai belit membelit ni. Apa pun jika benar Nizar dah sedar, bagusla. Tidakkah anda fikir dah tiba masanya para YB (Yang Berkhidmat) di Negeri Perak ini mula bekerja demi kebaikan Rakyat Perak? Dari mula bertukar pemerintah sehingga sekarang tak habis2 dengan drama lompat melompat, tarik menarik, kutuk mengutuk, tuduh menuduh, derhaka, tipu, belit, naik turun mahkamah, mesyuarat bawah pokok dan seribu satu macam lagi drama yang memualkan kami Rakyat Perak.
Marilah bekerja wahai YB YB sekelian, JANGAN MAKAN GAJI BUTA! DUIT GAJI KORANG TU DUIT KAMI PEMBAYAR CUKAI! Kerja la, berapa kali aku nak cakap! huh!