Berita Harian: Mutakhir

Monday, May 25, 2009

PAS menari lagi dengan DAP dan PKR!


PAS memang hebat! Pandai menari2 mengikut rentak tarian lucah DAP dan PKR! Tahniah PAS. PAS menyokong tindakan MOGOK LAPAR yang di anjurkan oleh "rakan-rakan" PAS iaitu DAP dan PKR. PAS sepatutnya menasihati "rakan-rakan" nya untuk tidak membuat sesuatu yang merosakkan diri sendiri. Kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang
"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.
PAS kata dia cuma nak puasa sunat dan munajat, tapi tak ke sepatutnya PAS menerapkan nilai ISLAM ke dalam diri rakan-rakan nya? Apa salah ajak mereka mogok lapar sehingga Maghrib sahaja? Anda semua tahu apa akibatnya jika kita tidak makan dan minum sehingga 3 hari secara berterusan. PAS bukan nak menasihati malah ikut serta dan memberi lampu hijau kepada "rakan-rakan" mereka. Ada doktor atau tidak, perbuatan itu tetap salah.
Kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.
Aku hairan sungguh dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) ni. Siapa yang tak puas hati nih? Rakyat Perak? Aku hari2 pergi kerja, kerja aku melibatkan jugak orang Cina dan India. Takder pun aku tgk derang sebuk2 hal siapa memerintah. Semua sebuk hal nak carik duit. Masa perjalanan ke tempat kerja, aku tgk ada station minyak Petronas baru dalam pembinaan, aku dapat lihat tokey station minyak tu Orang Melayu tgh sebuk tgk org buat kerja, Cina tgh buat renovation, India tgh sebuk tar jalan dan mengecat. Aku heran, sapa yang kecoh2 sekarang nih? Rakyat Perak? Aku duk restoran minum pun aku tak nampak pulak org asyik sebuk2 mengeluh sapa memerintah Perak nih. Semua biasa je. Semua org cuma sebuk nak carik duit. Sebuk nak kerja. Jadi soalan aku, SIAPA YANG KECOH SEBENARNYA? Siapa yang kata Rakyat Perak nak kuasa di kembalikan kepada kami? Jawabnya takder pun. Yang sebuk kecoh2, tido atas jalan, semua fanatik PR yang di import dari luar. Dari INDON dan BANGLA pun ada!!

Jadi nya nasihat aku untuk PAS, sebagai sebuah parti Islam dan majoriti ahlinya Orang Melayu, tolonglah berpendirian sikit. Jangan ikut segala tarian DAP dan PKR. Mereka tu bukan Islam. Derang tak begitu mengambil berat tetang halal dan haram. PAS sepatutnya mengajak DAP dan PKR ke arah Islam. Baru berdakwah nama nya. Baru melambangkan parti yang berlandaskan Islam. Ini terbalik, PAS dah lebih condong ke arah kemungkaran seperti DAP dan PKR. Alahai!

Yang Ikhlas,