Aku terbaca satu artikel yang di tulis oleh En LanH di Harakah Daily.Net yang menulis berkaitan AKTA ISA. Beliau ni sebuk la nak bandingkan kita dengan saudara mereka (Pakatan Rakyat) di U.S. Pada aku simple je, ISA jika takde, maka negara kita akan jadi huru hara di tahap Thailand! Orang-orang yang di tahan di bawah akta ini semua nya dari mereka yang menggugat keselamatan rakyat dan negara yang kita cintai ini. Adakah anda fikir begitu mudah untuk pihak kerajaan menggunakan akta ini terhadap sesiapa sahaja yang mereka mahu?
Sedangkan nak ambil kereta rasmi kerajaan Negeri Perak yang dah sah2 di larikan oleh si Nizar pun kerajaan ambil pendekatan baik, inikan pulak nak tahan org bawah ISA. Orang yang di tahan tu semua nya amat merbahaya. Aku sokong 300% mereka2 ini di tahan di bawah ISA. Aku juga yakin terhadap keputusan kerajaan. Tetapi kemungkinan berlaku keganasan di belakang "tembok dan besi penjara" seperti yang di katakan oleh penulis tu, mungkin berlaku, tapi siapa yang tahu dan aku rasa bukan sesuatu yang PASTI berlaku ke atas setiap orang yang di tahan di bawah akta ISA tersebut. Jika perkara ini sentiasa berlaku adakah anda fikir kita tidak akan mendengar cerita2 mereka di internet? Penulis kata ada yang di paksa minum "air kencing" hmmm bagaimana anda boleh percaya kata2 orang tu, dari kata2 pihak kerajaan? Mana anda tahu orang tu berkata benar? Kerana beliau memakai serban putih? atau kepiah? atau ber janggut panjang? atau kerana orang itu seperjuangan dgn anda? Jgn begitu. tidak adil jika anda memakai bulat2 kata2 bekas tahanan tu. ISLAM juga meminta kita untuk mencari bukti sebelum menuduh orang tak tentu hala. Itu fitnah nama nya.
Pada aku satu je, ISA tu tak salah, malah ISA adalah satu akta yang patut di teruskan dan jika terdapat kelemahan patut di baiki. Dan aku ada cara nak atasi masalah ISA ni, meh aku nak AJAR semua korang termasuk lah En LanH, caranya amat MUDAH ... JANGAN MEMBUAT KESALAHAN dan MENGGUGAT KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA! Itu sahaja. Jangan ajak org merusuh, jgn ajak orang memberontak ala2 pengganas, jgn menghasut org ramai membuat huru hara dan perkara2 mungkar yang sewaktu dengan nya la. Itu sahaja, lagipun kan bagus kita tinggalkan kerja2 jahat tuh. Tak payah la En LanH nak buat andaian mengaitkan Raja berbogel pulak. Akhbar kita tak cukup bebas ke? kalau tak bebas, mana mungkin Harakah di penuhi dengan fitnah dan tuduhan melulu serta serangan peribadi terhadap para pemimpin negara!?!?
Ok lah semua, kita boleh baca apa sahaja yang di tulis oleh sesiapa sahaja, tetapi sila gunakan akal dan fikiran yang terbuka untuk menilai penulisan tersebut. Internet ni amat berbahaya malah lebih bahaya dari senjata nuklear! Hati-hati!!!