Berita Harian: Mutakhir

Sunday, May 3, 2009

Sidang DUN dikawal ketat


Sumber: Berita Harian

PASIR SALAK: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pasukan keselamatan akan membuat pemantauan di sekitar kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi memastikan keselamatan semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 hingga 13 Mei ini, terjamin. 

Beliau memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang cuba menganjurkan demonstrasi bagi menghalang perjalanan sidang berkenaan. 

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) berupaya mengendalikan sidang DUN dan tidak akan tunduk kepada percubaan mengadakan demonstrasi," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran anjuran Umno Bahagian Pasir Salak, di Kompleks Felcra Kampung Gajah, di sini malam kelmarin.

Zambry berkata, beliau menerima maklumat ada pihak tertentu mahu mengadakan demonstrasi jalanan untuk 'menunjukkan kekuatan' ketika sidang DUN berlangsung dan menyifatkan tindakan itu bukan langkah bijak kerana sidang berkenaan diadakan untuk membahaskan program pembangunan bagi faedah rakyat. 

Sambil meminta semua pihak supaya tidak bertindak mengikut emosi yang boleh menimbulkan keresahan rakyat, beliau berkata, kerajaan negeri serta pasukan keselamatan akan memastikan semua Adun Perak dapat menghadiri sidang itu tanpa bimbang mengenai keselamatan mereka. 

"Orang ramai boleh hadir menyaksikan upacara perasmian sidang itu dengan mematuhi peraturan dan adab ditetapkan," katanya.

Zamry berkata, beliau menerima pesanan ringkas (SMS) mengandungi tohmahan kononnya BN akan menggunakan khidmat bomoh bagi memastikan perjalanan sidang DUN berjalan lancar dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Komen Aku:

Teruskan usaha anda Dr Zambry, mereka sememangnya akan membuat kacau untuk menunjukkan mereka lah suara rakyat, tetapi suara rakyat mana? Hanya suara rakyat yang menjadi FANATIK mereka sahaja. Ramai kenalan aku yang dari PKR dan PAS sekarang sudah mula nampak akan kepincangan Pakatan Rakyat dan perjuangannya. Ini satu perkembangan yang amat baik, sekurang-kurangnya mereka telah mula menerima hakikat realiti sebenar. Mereka juga telah sedar bahawa ramai di antara mereka sendiri menjadi "PENABUR FITNAH" yang suka melaga2 kan orang dengan cerita2 yang seronok di baca atau di dengar. Mereka juga perlu membaca pesanan anak Nik Aziz sendiri iaitu Nik Abduh dalam penulisan nya "Sebelum Anda Dimamah Fitnah"

Aku suka mengajak kawan2 dari PR untuk berfikir, semasa PR memerintah Perak dulu, adakah perlu kawalan ketat macam ni? Ada ke dengar cerita BN akan membuat perhimpunan dan demonstrasi setiap kali sidang dewan nak di adakan? Kenapa anda semua seronok nak menimbulkan huru hara? Inikah yang di ajar dalam AL QURAN yang sama-sama kita baca? Fikirlah, tolong gunakan akal fikiran anda semua, fikirlah. Jangan membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan. Sekali lagi, fikirlah dgn hati yang tenang.

Sama-sama lah kita berdoa agar perjalanan sidang dewan DUN itu nanti berjalan dengan lancar dan selamat demi kemakmuran rakyat di Negeri Perak. Aminnn

Yang Ikhlas,