Berita Harian: Mutakhir

Saturday, May 2, 2009

Waris bayi perempuan dicari


SUMBER: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Mei - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sepang sedang mengesan waris atau penjaga kepada seorang bayi perempuan (gambar) yang berusia tiga bulan dan diserahkan kepada jabatan itu, baru-baru ini.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, Norhafiza Abdul Salam berkata, bayi tersebut dilahirkan di Hospital Serdang pada 13 Februari lalu.

"Pihak hospital memaklumkan, ibu kandung bayi itu dikenali sebagai Ani (Aini) merupakan warga Indonesia.

"Ibu bayi itu bagaimanapun melarikan diri setelah melahirkan anaknya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norhafiza, bayi tersebut telah diserahkan kepada JKM Sepang dan kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang mengetahui ibu bapa, penjaga atau waris bayi perempuan itu supaya menghubungi jabatan ini dengan segera bagi menyelesaikan pelbagai urusan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian 03-87061026 atau 03-87063735. Kami memerlukan segera maklumat ini bagi memastikan nasib bayi perempuan itu mendapat pembelaan," katanya.

Yang Ikhlas,