Dari Utusan Malaysia:
Suasana sedih menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh, semalam, apabila mangsa pembunuhan kejam, Wah Yah Matzi, 42, dan anak lelakinya berusia lima tahun, Ermin Denish dikebumikan dalam satu liang lahad.
Kedua-dua beranak itu dan pembantu rumahnya warga Indonesia, Dani Miasih, 21, mati dibunuh oleh seorang perompak yang dipercayai penagih dadah di Taman Pinji Seni, kelmarin.
Gambar:
JAFRI Tajul Aripin, 47, berdoa di sisi pusara isterinya, Allahyarham Wah Yah Matzi dan anaknya, Ermin Denish di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh, Perak, semalam.
Komen m-2d:
Takziah buat En Jafri dan keluarga, tak tau la cam mana rasanya bila musibah seperti itu menimpa diri, hanya ALLAH yang tahu dan percaya lah setiap yang berlaku ada hikmahnya di sebaliknya. Saya doakan agar arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Dan di harap En Jafri tabah menghadapi saat-saat ini.
Aku nak ambil peluang ini untuk memberi sedikit nasihat pada semua, mari la kita ambil langkah2 lebih cermat dan berhati2 dalam hal keselamatan diri dan keluarga kita. Serba sedikit;
- Bila hendak keluar duit dari bank, pastikan kita membawa kawan atau suami temankan. Kalau boleh biar ramai sikit. Ini sekurang-kurangnya dapat membuatkan si pencuri berfikir 2 kali hendak mencuri dari kita.
- Pastikan jika membawa kereta, kunci pintu
- Jika dalam perjalan dan kita membawa wang di dalam kenderaan kita, ada orang melanggar dari belakang ke, tayar pancit ke terutama di jalan2 yang agak sunyi, baiklah telifon sesiapa minta tolong, jangan terus keluar dari kereta. Ada kes yang aku dgr, perompak menggunakan satu alat, di mana mereka cucuk alat ini ke tayar kita, dan tayar kita akan keluar angin (pancit) sedikit2, dalam masa lebih kurang 20 minit tayar kita kempis terus. Jadi perompak akan mengikut kita, dan masa kita berhenti nak tukar tayar tu, derang merompak.
- Jika membawa wang dan kita perlu turun di depan rumah untuk membuka pagar misalnya, cuba lah mata tu liar sikit memerhatikan belakang ke tengok2 kut ada org yang mencurigakan. Jika ada baik tak yah la turun dulu, pusing je taman perumahan kita tu sekali lagi, jika orang tu masih ada, lebih baik terus ke rumah sebelah ke yang ada orang. Paham kan? hehehe aku tak reti sgt nak ayat betul2 nih.
- Dan yang terakhir aku nak nasihat, kalau kita dalam situasi kene rompak, TOLONGLAH! JANGAN MELAWAN!!! Bagi sahaja mereka/dia apa yang dia nak. Suruh dia ambil duit tu dan jangan mencederakan kita. Nyawa kita lebih nilainya dari sebarang jumlah duit. Banyak kes2 sebegini terjadi bila mangsa cuba melawan si perompak. JGN AMBIL RISIKO!
Tapi apa pun yg kita buat, kalau dah di takdirkan ALLAH nak jadi, ia tetap akan jadi jugak. Yang penting selepas berusaha kita bertawakal. Serahkan pada ALLAH. Aku doakan perkara seperti ini tidak berulang. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Aminn.