Berita Harian: Mutakhir

Monday, January 4, 2010

ALLAH MAHA BESAR !!


Ada sesuatu yang tak betul dengan sistem perundangan kita. Aku cuma nak kerajaan menjadikan "penggunaan kalimah ALLAH eksklusif untuk umat Islam sahaja" sebagai satu AKTA yang tidak boleh di cabar oleh sesiapa pun! Kalau kita nak berlembut dan berdiplomasi sekali pun janganlah biarkan mereka-mereka ini memijak kepala kita! Jangan asyik mengeluarkan amaran, bertindaklah. Segerakan lah pastikan suara majoriti di laksanakan. Pak Menteri tak habis2 memberi amaran, begitu juga dgn NGO2 Islam, tapi adakah anda fikir mereka akan gentar dgn kita? Mereka telah nampak kelemahan kita. Kerajaan mudah tunduk pada tuntutan mereka, mungkin untuk mengambil hati mereka demi menjamin kemenangan lebih besar di PRU akan datang. Tapi adakah berbaloi menggadai maruah hanya untuk mengambil hati mereka2 ini?

Mereka ini di dalangi oleh parti2 politik pembangkang! Mereka ada agenda lain, agenda menyimbah api agar kita melatah dan menari2 mengikut rentak mereka. Kalau di zaman Dr Mahathir, mereka2 ini pasti tak berani berbuat begini. Apa pun harapan aku, D.S. Najib dapat mengawal perkara2 seperti ini berulang dan tidak membiarkan ketelusan kita di salahgunakan oleh mereka2 ini seperti yang berlaku di zaman Pak Lah.

AKTAKAN segera hal ini. Biar apa mereka kata, berani kerana benar. Jangan jadi dayus! Sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR!

Yang Ikhlas,