Berita Harian: Mutakhir

Thursday, January 21, 2010

Anwar Peliwat Dpt Tangguh Lagi ... Bila Kes Liwat Nak Selesai?


Keputusan rayuan Anwar 29 Jan, bicara kes liwat 2 Feb

Jan 20, 10 2:16pm

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (bawah) untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.

Perbicaraan berkenaan sepatutnya bermula hari ini untuk selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Selepas mempertimbangkan hujah, kami tidak dapat memberikan keputusan, petang ini," kata Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria.

Beliau mengetuai panel tiga hakim mahkamah persekutuan yang juga dianggotai oleh Md Raus Sharif dan Abdull Hamid Embong.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan.


Komen M-2Day:

Dah naik menyampah aku ikut kisah peliwat terkemuka dunia, si Anwar Ibrahim nih. Tak habis2 tangguh dan tangguh dan tangguh lagi. Sampai bila? Bila kebenaran nak di buktikan? Inilah antara sebab orang malas nak bawak kes2 ke mahkamah. Kalau kes langgar misalnya, aku ada saudara baru dapat pampasan selepas 9 tahun dia kene langgar! Camna leh jadi camni yek? Hairan jugak. Ini pulak kes profile tinggi cam si peliwat Anwar ni. Mana leh tangguh2 lama2. Rakyat dah naik menyampah dengan pelbagai sandiwara peliwat ni. Sekarang tangguh lak 2hb Feb 2010. Nanti dekat2 tarikh tu Anwar sakit perut lak, tangguh lagi sebulan, lepas tu peguam Anwar lak sakit perut, tangguh lagi sebulan, lepas tu lak, Hakim lak sakit perut, tangguh lagi dan lagi dan lagi. Sian Saiful, sabar je la En Saiful, ALLAH bersama2 orang yang benar.

Yang Ikhlas,