Berita Harian: Mutakhir

Thursday, January 21, 2010

Dua surau di Muar cuba dibakar

MUAR: Dua surau yang terletak kira-kira dua kilometer di antara satu sama lain di sini menjadi mangsa pengkhianat yang cuba mencetuskan kebakaran menggunakan minyak tanah pagi ini.

Surau Silaturahim di Jalan Ismail mengalami kebakaran pada langsir dan cermin manakala Surau Parit Beting pula mengalami kebakaran di ruang solat wanita, permaidani dan pintu.

Imam Surau Parit Beting, Harun Parit, berkata kejadian disedari seorang guru agama yang datang mengajar al-Quran pada jam 10 pagi.

Pengerusi Surau Silaturahim, Sehat Atan, pula berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi dan disedari tiga remaja yang melalui kawasan itu.


Komen M-2Day:

Apa pulak dah jadi nih? Berani tul? Siapa pulak dalang nya? Kalau tanyer puak bodoh PAS, DAP dan PKR tentu menunding jari kat UMNO. Dah melampau! Jika kerajaan lambat bertindak, maka aku rasa kita akan melalui satu lagi 13 Mei! Harap2 tak sampai ke tahap itu.

Yang Ikhlas,