Berita Harian: Mutakhir

Friday, January 22, 2010

Majlis Bandaraya Ipoh Tak Layan Gua ... hehe


Aku merujuk pada aduan aku buat pada 15hb Januari yang lepas kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Pejabat SUK Perak. Malangnya takder sebarang e-mail penjelasan di terima dari MBI, aku hanya terima e-mail dari SUK pada 18 Januari 2010 seperti di bawah:

Tuan/Puan,

Ini merujuk kepada No. Aduan Anda: KT00000128.

18.1.2010

Dengan hurmatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas dan aduan tuan bertarikh 15.1.2010 adalah berkaitan dan diucapkan terima kasih.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pertanyaan tuan telah dipanjangkan ke Majlis Bandaraya Ipoh pada 16.1.2010 untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

t.t.
(NOOR ANIZA BT. MANSOR)
b.p Setiausaha Kerajaan Negeri,
Perak Darul Ridzuan.

Harap balas emel ini tanpa menukar subjek jika memerlukan penjelasan.

Yang benar,
Penyelia E-aduan
http://portal.perak.gov.my/e-aduan

Agaknya kalau aku buat aduan pasal jalan depan TOKONG CINA berlopak, baru derang akan balas atau ambik tindakan dalam masa tak sampai 48jam kut. Ini aku bawak isu AGAMA ISLAM, sapa pedulik kan!

Yang Ikhlas,