Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, January 19, 2010

HARAKAHDAILY ... Tepat Dari Sumber. Apa ke jadahnye tepat yop oii!

Aku cuma seronok baca Harakah Daily yang bermoto kan "TEPAT DARI SUMBER". Tapi berita dalam nya penuh dengan tohmahan, andaian dan cerita-cerita dongeng dari penulis. Sebagai contoh, cerita ni ...

Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.


Komen M-2Day:

Cuba lah baca, mana tepat dari sumbernya? Apa sumbernya? Sumbernya ialah anggapan dan andaian penulis sahaja. Inikah media dari satu parti politik yang kununya sebuah parti ISLAM? Menulis cerita2 dongeng yang tak tahu kesahihan nya. Ini cuma andaian penulis yang cuba membelai hati para penyokong PAS, untuk menghiburkan hati orang2 PAS. Sama seperti mainan politik Anwar Ibrahim. Betullah kata Tun Dr. Mahathir, memang NIK AZIZ dan PAS telah sesat kerana terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim. PAS kata DUN Perak bubar, Anwar kata nak jadi PM tahun 2011 pulak. Sudah2 lah menabur cerita2 dongeng tu. Insaflah dan kembali kepangkal jalan.

Yang Ikhlas,