Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, January 19, 2010

Polis pantau ‘sekolah panas’ di ibu kota


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengenal pasti sekolah bermasalah atau ‘sekolah panas’ di sekitar ibu negara agar usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang dikenal pasti bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah.


Komen M-2Day:

Hal ni dah lama aku cakapkan, di Ipoh ni pun sepatutnya pihak Polis buat camni. Aku ada dengar Polis Perak akan jadikan sekolah yang bermasalah di Ipoh ni sebagai sekolah angkat Polis, tapi aku tak nampak lagi perlaksanaan nya. Bukan apa, budak2 sekarang ni dah tak takut atau hormat lagi dengan orang tua atau guru mereka, mereka takutkan pihak seperti Polis, jadi Pihak Polis harus lebih aktif membengdung kegiatan mereka ini. Merokok, ponteng dah menjadi perkara terlalu biasa bagi mereka. Jika tidak dari sekarang pihak Polis ambil tindakan, maka kita akan melahirkan lebih ramai perosak bangsa di hari kemudian.

Tahniah Polis KL, dan harap2 bukan sekadar kenyataan akhbar untuk mengejar populariti sahaja. Harap2 langkah ini turut di buat di seluruh negara bagi memantau dan membimbing pelajar2 kita.

Yang Ikhlas,