Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, January 5, 2010

Kadar BERUKband lebih murah?


KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Aku seronok jugak baca berita ni, dan harap2 jadi kenyataan. Negara kita dah cukup maju untuk memiliki internet yang lebih laju dan murah. Di sebabkan berita ni, aku pun mencari2 la dalam net tentang pakej2 internet beberapa negara jiran kita. Apa yg aku dapati, perbandingan harga bagi 1MBPS broadband kita ialah sekitar RM90, jika di banding dengan Singapore dan Thailand kita adalah lebih tinggi. DI Singapore misalnya, mereka tidak lagi ada pakej 1MBPS, paling carok ialah 3MBPS itu pun lebih murah dalam sekitar RM60 sebulan sahaja! Thailand pula 1MBPS mereka sekitar RM70 sebulan sahaja.

Kita aku rasa tidak lah carok sgt, kerajaan kita mampu menyediakan infrastruktur jalur lebar yang lebih baik atau setanding dgn negara2 jiran kita terutama Singapore. Sampai bila kita nak harapkan TMNET, walaupun mereka boleh di katakan me monopoli perniagaan ISP di Malaysia (hanya baru-baru ini ada ISP lain) tetapi mereka gagal menyempurnakan kehendak pelanggan. Mereka sepatutnya sudah melupakan pakej 1MBPS dan dengan pelanggan yang begitu ramai, mereka sepatutnya dapat menurunkan harga bagi pekej2 yang di tawarkan mereka. TMNET tak sepatutnya terlalu berkira memandangkan kerajaan telah membantu dengan menjadikan mereka sebagai satu-satunya syarikat ISP dan telefon talian di rumah.

Jadi rumusan nya pihak memang patut pun tarif jalur lebar negara di turunkan. Jangan pulak nanti cerita ni tinggal kenangan je. Cepat2 kan lah. Lebih murah, lebih ramai orang akan melanggan jalaur lebar anda.

Yang Ikhlas,