Dalam cakap "terima kekalahan" "3 tahun tak lama lagi" dan macam2 lagi lah tapi hakikatnya Pakatan Rakyat masih tak dapat menerima kekalahan mereka di Perak Darul Ridzuan. Kerajaan Pakatan Rakyat TUMBANG tak sampai setahun bukan di dalangi oleh UMNO tetapi bak kata orang dolu2 "SENJATA MAKAN TUAN" Rata2 blogger2 upahan PR termasuk lah blog para pemimpin mereka asyik menulis tentang kekalahan mereka di Perak yang mereka gelar "Rampasan Kuasa". Agak pelik sebab Pakatan Rakyat tumbang di Perak kerana PERMAINAN LOMPAT PARTI yang mereka cipta sendiri! Bagaimana pulak di panggil "Rampasan Kuasa"?
Kalau sekarang ni PR ada majoriti ADUN di Perak, tetapi Sulan masih memberi amanah kepada UMNO dan BN memerintah, itu barulah kene di gelar "Rampasan Kuasa" Tapi dalam kes ni, PR telah hilang majoriti apabila 3 ADUN mereka keluar parti dan memberi sokongan pada BN! Apa yang masih susah sangat nak di paham? Terlalu bijak sehingga hakikat ini pun nak di putarbelitkan mereka. Kesian.
Lastly tgk la gambar2 di atas tu, Anwar Ibrahim dan Nizar begitu GEMBIRA bila Datuk Nasaruddin Hashim melompat masuk ke Parti PKR sedikit masa dulu. Tak pulak sebuk Nizar dan Anwar cakap pasal rasuah, tiada moral, menipu dan lain2. Sekarang ni rasakan lah sedapnya mainan yg kamu cipta kene kat batang hidung kamu balik. 1 pergi 3 dtg balik! kah kah kah!