Petikan dari harakah;
"Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti."
Wang ini sepatutnya di beri bulan depan (Mac), jadi aku suka sarankan pada kerajaan pusat agar wang RM20 juta tu di salurkan kepada negeri2 lain atau kepada badan2 kebajikan untuk kegunaan mereka yang lebih menghargai pemberian itu. Kalau orang dah tak nak atau tak sudi, tak payah la bagi. Lebih baik bagi pada orang lain. Banyak lagi badan2 NGO atau kebajikan yang dapat memanafaatkan dan lebih menghargai wang tersebut. Biarlah Kerajaan Kelantan membawa perkara royalti minyak tu kat mahkamah, biar mahkamah menentukan Kelantan berhak mendapat royalti atau wang ehsan.
Sekali lagi aku berseru kepada kerajaan pusat agar menyalurkan wang tersebut kepada badan kebajikan. Nanti duit RM20 juta dia ambik, saman tetap saman, kutuk tetap kutuk. Menyakitkan hati rakyat je. Eh aku berhak cakap tau tak, sebab aku juga pembayar cukai. Sedikit sebanyak ada gak duit aku dalam tu. Kalau PAS benar2 arif pasal ISLAM, wang orang lain, walau 1 sen pun, tak boleh curi. Sama je dosa nya curi 20 juta dgn 1 sen. Kan en2 dan puan2 PAS?
Yang Ikhlas,