Inilah ke MANGKOK kan PAS. Kes budak2 naik motor pakai serban pun nak di politikkan. Aku pelik tul bila orang ambik berat kat anak2 korang tapi korang marah lak. Polis saman budak2 tu sebab tak pakai topi keledar, kan bagus pakai topi keledar. Atau PAS dah mencipta SERBAN KERAS yang sama keras dengan topi keledar? Aku nak tanya sket yek, korang seronok ke kalau kepala anak2 korang tu hancur bertabur otak atas jalanraya sebab tak pakai topi keledar? Memang la pakai topi keledar pun boleh jadi gak kalau dah di tentukan, tapi pakai topi keledar lebih selamat. Kan baik tuh. Apa sebenarnya yang korang nak buktikan?
Korang nak buktikan korang ni sangat ISLAM berbanding orang lain? Tak tanggal2 serban? Kalau korang nak memberontak sebab kaum SIKH boleh pakai, aku ada tanya kawan aku budak sikh, dia kata pakai serban ni bagi kaum sikh adalah WAJIB. Tapi adakah ISLAM MEWAJIBKAN memakai serban? Lahai, ikut je la undang2 wahai kawan2, undang2 tu ujud untuk kebaikan kita. Janganlah nanti bila dah jadi perkara buruk baru nak menyesal. Bayar je la saman tu, dan lain kali pakai je la topi keledar, untuk keselamatan kamu jugak.
Jomlah berubah, POLIS menyaman korang tu sebagai pengajaran dan demi kebaikan korang jugak. Cuba lihat gambar derang kat atas tu, cukup berbangga di gunakan oleh PAS. Jangan lah biarkan diri di kuda, berbaloi ke menggadai nyawa untuk agenda politik orang lain?
Satu lagi nak aku komen sikit ialah tentang ini;
“Di bawah undang-undang, ada pengecualian di mana seseorang itu tidak perlu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Mereka itu ialah (golongan) ‘Haji’, ‘Hajjah’, ‘Lebai’ dan ‘Sikh’. Namun dalam undang-undang itu tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebai’, yang (undang-undang itu) terpakai sejak digubal oleh Parlimen.
Jika benar ada undang2 ini, aku rasa eloklah di gubal semula, wajib kan kepada semua kecuali SIKH, sebab pakai serban wajib bagi kaum SIKH.